Pages

|The Comrades|

28 April 2013

Kaul Mukah 2013 (Last Day ) ~ Random Picture~

Tak sangka hari ini dah last day Kaul Mukah 2013 dilangsungkan. Pejam celik sekejap je tapi dah sunburn teruk kan. Tapi takpe asalkan dapat berkaul tahun ini.Ok entri kali ni saya nak menyajikan beberapa random picture yang tak seberapa untuk tatapan umum.

 
 Antara kraftangan masyarakat Melanau yang dipamerkan ketika pameran warisan Kaul Mukah 2013
 

Gambar di atas menunjukkan pameran 'dakan' dan pembuatan 'dakan'. Menurut kepercayaan masyarakat dahulu, patung 'dakan' digunakan untuk mengubati penyakit sesuatu penyakit dan digunakan sebagai perubatan tradisonal. Upacara ini diamalkan oleh masyarakat Melanau pagan pada zaman dahulu. Akan tetapi pada masa kini masih ada segelintir masyarakat melanau yang mengamalkan upacara ini untuk perubatan tradisional.


 
Pelbagai jenis makanan dijamu di gerai- gerai komuniti. Gambar kedua merupakan makanan eksotik masyarakat Melanau iaitu ulat mulong atau lebih dikenali sebagai siet. Sejujurnya saya tak pandai makan, tetapi mereka bagitahu memang sedap, ohsem dan sewaktu dengannya. Nyaman bak kata orang Sarawak.

Pelbagai jualan produk tempatan seperti kuih kering dijual di gerai- gerai komuniti.

 
Acara pada sebelah malam diserikan dengan persembahan magika daripada anak tempatan sendiri iaitu MR Kiku dan Pertandingan Ratu Cantik @ Teluwaih Jinih.

P/S : Nak tengok previous entry saya berkenaan Kaul Mukah ni, Klik jer link kat bawah ni ok




Ok, sampai di sini sahaja review Kaul Mukah bagi tahun 2013 kali ini ok. Tahun depan jumpa lagi dan pasti akan berjumpa di Kaul Mukah 2014.....

Last sekali inilah bukti saya berada di Tapak Pesta Kaul sepanjang berlangsungnya pesta ini.


















Terima Kasih

27 April 2013

Kaul Mukah ~Serahang~





  Pesta Kaul tidak mungkin akan sempurna sekiranya tiada serahang. Serahang merupakan ‘kepala hantaran’ kepada ipok yang mempunyai motif tertentu. Motif yang diletakkan di serahang ialah gambaran daripada sistem kepercayaan atau kosmologi Melanau, khususnya  yang berkaitan dengan ipok. Motif tersebut harus melambangkan bahawa ia mempunyai kaitan dengan jumlah lapisan dunia yang dikatakan mempunyai tujuh lapisan di atas dan tujuh lapisan di bawah.


Serahang ialah "kepala hantaran" kepada ipok. Ia perlu dibuat mengikut motif tertentu. Motif pada serahang ialah gambaran daripada sistem kepercayaan atau kosmologi Melanau, khususnya sejauh yang berkaitan dengan ipok. Lambang itu menggambarkan bahawa ia ada kaitan dengan jumlah lapisan dunia yang dikatakan tujuh lapisan di atas dan tujuh lapis di bawah.Motif-motif pada serahang turut melambangkan imej ipok laut, darat, dan udara. Motif yang sesuai dan cukup akan menyenangkan hati ipok.
Serahang yang diperbuat daripada bahan-bahan berikut - buluh, tedieng, semat, daun nyipah muda, daun iseng dan daun tegoh - disediakan beberapa hari sebelum kaul.Sebahagian daripada bahan itu tidak mudah diperoleh kerana ia perlu dicari dari dalam hutan.Serahang dibuat oleh wanita kerana motif-motif tertentu memerlukan mereka yang teliti, dan ini sesuai dengan sifat wanita.
Berdasarkan pemerhatian, serahang bukan sahaja menuntut ketelitian dan kesabaran tetapi juga daya kreativiti yang tinggi, dengan mengambil kira unsur-unsur tertentu dalam perayaan dan juga sistem kepercayaan masyarakat. Sebenarnya, serahang berasal daripada perkataan "serahan", iaitu barang persembahan untuk ipok. Dan, bunyinya juga begitu dekat dengan "Rirang" yang merujuk kepada Rirang Rabu Bunga dalam mitos berkaitan dengan Sepok di Dalat.
Di Dalat, serahang bertujuan untuk membuang sial, mengelakkan malapetaka, musuh, dan penyakit.Serahang dan jenis hantaran di dalamnya telah "dititahkan dalam mimpi". "Serahang merupakan upacara penting kerana ia adalah satu persembahan kepada semangat laut yang menurut kepercayaan masyarakat Melanau, bahawa mereka akan mendapat kemakmuran, keharmonian dan kemurahan rezeki jika melakukan persembahan itu".
Serahang yang tingginya sekitar tujuh kaki mempunyai bentuk dan komponen serta unsur-unsur tersendiri. Komponen perlu lengkap kerana serahang yang tidak sempurna boleh menyebabkan ipok murka, dan akhirnya menimpa mereka yang membuatnya.
Justeru, hanya mereka yang berpengalaman dapat mengetuai kerja-kerja membuatnya. Struktur utama serahang ialah batang buluh tedieng. Bahagian-bahagian wajib yang perlu ada pada serahang ialah paka, tepasik, tetilip, beburung dan patik, dengan jumlah yang menggambarkan jumlah ipok dan lapisan bumi. Terdapat tujuh batang tetilip dan tujuh tiang bendera pelbagai warna diletakkan di atas, dengan tujuh ekor beburung.
                                                                                    (Sumber daripada www.kaulmukah.com)

Upacara penghantaran makanan kepada 'ipok ini akan diketuai oleh seorang yang mempunyai kedudukan dalam masyarakat yang digelar sebagai Bapak Kaul. Pemilihan Bapak Kaul tidak boleh dipilih sesuka hati kerana Bapak Kaul mestilah seorang lelaki dan seorang yang telah diiktiraf oleh masyarakat dan seorang yang arif tentang adat. Bapak Kaul merupakan perantara atau orang tengah yang akan menghubungkan penduduk di dunia nyata dengan ipok di alam maya. Persediaan awal akan dibuat sebelum melaksanakan upacara ini seperti penyediaan barang makanan untuk dipersembahkan dan talam- talam diguna untuk meletakkan jamuan tersebut. Talam tersebut mestilah diperbuat daripada daun nipah. Antara lauk yang perlu disediakan seperti papit (nasi pulut yang dimasak di dalam daun), belen (sirih pinang), dan rokok daun apung. Bapak Kaul diberi  tanggungjawab untuk memujuk, merayu makhluk halus dan ipok serta menghalau segala kejahatan dan kesusahan yang mungkin menimpa penduduk kelak.

                           Rombongan yang menghantar serahang ke Tugek




 Selesai mengadakan upacara pemujaan kepada 'ipok' tersebut, orang ramai akan makan beramai- ramai. Difahamkan makanan yang telah dibawa ke sana tidak boleh di bawa balik sebaliknya ditinggalkan di sana sahaja untuk dimakan oleh 'ipok' tersebut.





Terima Kasih

Kaul Mukah (Day 1)

Selamat petang semua!! Hari ini cuaca memang panas giler. Panas ke hujan ke tak kisah la asalkan dapat pergi pesta kaul. Superbbbbb i told u.Rugi siapa yang tak pergi. Honestly, ini tahun ketiga saya dapat menyaksikan sendiri pesta ini diadakan. Yerla before ni kan menjelang pesta kaul mesti tepat pada tarikh final exam kat kampus. Tak pe sekarang bila dah ada kelapangan memang tak nak lepaskan peluang dah. Memang best sangat. Ok yang tak dapat menyaksikan sendiri, takpe kat entri ni saya akan tunjuk kemeriahan sebenar pesta kaul ok. Check it out!!


Kaul 2013 dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak. Walaupun panas terik, Pehin Sri teruja pergi melawat gerai- gerai yang ada di tapak kaul. Perasmian pula diserikan lagi dengan Perarakan kumpulan- kumpulan penari yang terdiri daripada pelbagai kaum dan datang dari seluruh Sarawak. Meriah sangat!! Persembahan pun semua hebat- hebat belaka. *Lihat gambar di bawah*


Kaul kali ini disajikan dan ditonjolkan segala adat dan budaya masyarakat Melanau yang amat unik contohnya seperti Adat Pertunangan dijalankan, proses membuat lemantak dan sagu. Unik sangat.

Gambar di atas merupakan demonstrasi Adat Pertunangan masyarakat Melanau. Untuk pengetahuan, adat pertunangan dan perkahwinan masyarakat Melanau lebih kurang sama dengan adat pertunangan dan perkahwinan masyarakat Melayu Islam yang mana tepak sirih dijadikan pembuka sesuatu majlis.
 
 Gambar di atas merupakan pelamin yang digunakan oleh masyarakat Melanau untuk melangsungkan perkahwinan. Cantik sangat!!
Demonstrasi perkahwinan masyarakat Melanau. Cantik tak?

Kemeriahan jelas terpancar apabila orang ramai membanjiri ruang pameran warisan kaul untuk menyaksikan sendiri keunikan adat dan budaya masyarakat Melanau.

 Gambar di atas menunjukkan bagaimana penenunan kain dijalankan.Kerja- kerja penenunan dilakukan dengan teliti sekali.

 Gambar di atas merupakan salah satu gerai komuniti yang terdapat semasa berlangsungnya pesta ini. Difahamkan semua gerai- gerai ini meliputi semua kampung- kampung yang terdapat di Bahagian Mukah dan yang paling seronok lagi kesemua gerai tersebut dihias dengan cantik dan unik sekali kerana untuk dipertandingkan.
 
Melalui gambar dapat menunjukkan betapa meriahnya gerai komuniti ini bertanding untuk merebut gelaran juara.




 Tahun ini saya tak dapat nak bermain permainan 'tibou' atau lebih dikenali buaian gergasi ni. Best sangat bila dah naik atas buaian ini. Tahu tak sejarah 'tibou' ni? ok bagi sesiapa yang tak tahu sila baca sedikit sejarah kewujudan tibou ni ok.

Tibow merupakan permainan yang amat popular semasa berlangsungnya pesta ini. Pada asalnya permainan tibow bertujuan untuk menyambut ketibaan musim bunga. Melalui permainan ini mereka memohon agar rezeki dimurahkan, ikan di sungai diperbanyakkan dan tanaman dapat berbuah dengan lebat.  Selain itu juga, permainan ini merupakan salah satu permainan mencari jodoh untuk anak- anak muda kerana permainan ini memerlukan keberanian yang tinggi untuk bermain. Mengikut tradisi kaum Melanau Mukah, bermain tibow tidak semudah seperti yang kita lihat. Hal ini kerana banyak pantang larang dan tradisi yang perlu dipatuhi oleh pemain bermain dengan selamat. Bahkan untuk mendirikan peralatannya juga haruslah dengan istiadat dan pantang larangnya tersendiri. Peralatan yang digunakan untuk membina tibow seperti dua tiang kayu diperlukan untuk pembinaan tiang tibow tersebut, beberapa kayu sederhana sebagai tangga, rotan segar dan daun muda digunakan untuk membentuk penghayun manakala set canang dan gendang melela pula dipalu bagi memeriahkan suasana. Semasa mendirikan kedua- dua tiang tersebut, pantun akan dinyanyikan beramai- ramai (Kat kerakat, kerurieng udat, Tibow idei pada ‘mekat’). Pantun ini merupakan pemujaan kepada ipok tibow yang menguasai permainan tibow tersebut dan memohon pertolongan untuk memudahkan kerja- kerja mendirikan tiang tersebut.

Anak kecil pun nak tunjuk berani main tibou ni. Hebat tak hebat tak?

Cukup tak setakat ni? Belum cukup lagi ke? Ok takpe banyak lagi gambar yang bakal saya sajikan untuk tontonan semua seperti penghantaran serahang, pembuatan sagu lagi belum saya pertontonkan. Sabar ok!!
Terima Kasih

25 April 2013

Kaul Mukah Menjelang Tiba

 Kaul Mukah akan bermula pada 26 April 2013 sehingga 29 April 2013. Banyak acara yang akan dipertontonkan untuk orang ramai kelak. Siapa yang tak datang menyaksikan sendiri memang amatlah rugi. Pada tahun ini, penganjur utama iaitu Persekutuan Persatuan Melanau telah menyusun atur acara- acara yang menarik contohnya seperti Pameran Warisan Kaul, Pameran Adat Pertunangan Masyarakat Melanau, Pameran Pemprosesan Pembuatan Sagu, Gerai Komuniti dan banyak lagi acara yang lain. Minggu ini di Tapak Kala Dana memang meriah dengan persiapan terakhir untuk meraikan Pesta Kaul. Gerai Komuniti pun memang 2 minggu sudah berkampung di Kala Dana. Bersemangat sunggu mereka.

Ok,sebelum kita berkaul, moleklah saya memberi gambaran serba sedikit mengenai Apa itu Kaul bagi sesiapa yang belum mengenali Pesta Kaul ini ok.



 Kaul Mukah diraikan pada penghujung bulan April setiap tahun kerana pada zaman dahulu pesta ini diraikan bagi menandakan berakhirnya musim tengkujuh dan “Bapak Kaul” akan memohon restu daripada ipok kala agar penunggu tidak menganggu para nelayan yang keluar mencari rezeki. Kaul Mukah yang berusia hampir 1,000 tahun telah menghimpunkan nilai- nilai budaya dan kehidupan kaum Melanau yang banyak bergantung kepada aktiviti menangkap ikan di laut.

Jika dahulu pesta ini diadakan untuk upacara ritual oleh masyarakat Melanau ‘pagan’, tetapi pada hari ini Kaul Mukah telah mengalami anjakan paradigma dengan menjadi salah satu pesta sosio- budaya yang kini mampu menjadi daya tarikan utama industri pelancongan yang sangat penting kepada negeri Sarawak . 

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa Kaul Mukah terbukti mempunyai seribu satu keunikan yang tidak mungkin masyarakat lain miliki. Perkara yang paling mengagumkan mengenai pesta ini yang mana himpunan pelancong luar datang untuk menyaksikan keunikkan adat dan budaya masyarakat Melanau.



Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NGoNgexz Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign