Pages

|The Comrades|

29 November 2012

Anugerah Carta Borneo Era 2012

ACBE 2012 is around the corner. Tak sabar rasanya nak tengok artis kesayangan perform and meet dorang. Eh, ape? Uolls tak tahu lagi ke apa ACBE ni? Meh aku citer.

Xpax akan mengegarkan muzik borneo dengan penganjuran ACBE. Paling bestnyer pelbagai anugerah akan dianugerahkan kepada artis yang menang dengan pelbagai kategori yang akan diadakan pada malam tersebut. Paling best bila artis dari Sarawak sendiri yang akan perform dan ditambah pulak dengan kehadiran artis seperti Klangit, Sharifah Zarina, Ir Radzi, RDZ, POLAR, Noenaki dan yang paling aku tak sabar tunggu artis yang tengah melatop dengan lagu SAYANG iaitu artis Indonesia tak lain tak bukan Ungu... Oyeaaaaa..
Eh lupa nak gitaw bila anugerah ni berlangsung. Here we go..
Date : 1 December 2012
Venue : Kuching Integrated Recreational Centre, Sarawak
Time. : 8.00 pm
aha, amacam, uolls ingin nak pergi tak? Ok ada masa lagi nak dapat tiket free ni. Cara senang giler. Ok uolls g jer Roadshow ERA di Borneo Convention Centre pada 20 december ni dari 10 pagi hingga 9 malam. Kat sana nanti uolls akan jumpa skuad ERA dan boleh lah dapat free tiket dengan setiap pembelian new pack atau tambah nilai sebanyak RM30.
Uolls kena pergi cepat-cepat tau sebab tiket ni based in first come first serve kerana tiket hanya limited kepada 130 pelanggan xpax, u.o.x dan s. o.x terawal sahaja. So cepat jangan lepaskan peluang.
Camner nak ambik tiket? Ala senang jer, dah dapat tiket tu nanti, uolls akan diberi tiket tersebut time tu jugak. Bagi yang tak sempat tiket free tersebut, uolls boleh datang jer malam 1 disember tu nanti dan kat sana nanti uolls boleh cari booth Xpax dan cepat-cepat tambah nilai sebanyak RM20 untuk melayakkan anda mendapat sepasang tiket Xpax Zone atau tambah nilai sebanyak RM10 dan sekali gus melayakkan anda memenangi sepasang Meet & Greet tiket.
Senang giler kan nak dapat free tiket. So uolls apa lagi. Cepat-cepat serbu skuad era atau booth xpax. Rugi tak pergi event ni sebab ACBE 2012 menjanjikan persembahan yang semuanya umphhhhhh.
Eiwww, tak sabarnya nak jumpa personally pasha ungu ni.. So apa lagi cepattttt weh jangan gigit jari sudah la tengok aku dapat bergambar dengan artis top nanti. yawwww.
- Posted using BlogPress from my iPad


Terima Kasih

28 November 2012

Bersawang kan

Morning uolls, erk bersawang giler kan teratak aku ni. Macam takde tuan jer. Bukan aper, takde idea nak tulis. Ni pun main belasah jer. Hahaha. Ada plak gitu kan. Takpe asalkan ada dari non ado kan.

Sekarang entry ni ditulis time boring-boring tunggu habis konvokesyen adik saya kat uitm shah alam. Hah sambil tu mari kite menghapdate blog yang dah bersawang lelabah.

Melihat konvokesyen gini, terkenang 2 tahun lepas hari istimewa aku yang tepat pada tarikh baekkkk punya 101010. Cantik kan date tu.Hah time tu la secara rasminya aku bergraduat.


Sekali lagi bila nengok suasana gini, terubat rindu 2 tahun lepas kan. Hanya kita yang dah punya pengalaman tu jer yang tahu bagaimana perasaan seronok tu bila jumpa kengkawan yang dah lama tak jumpa, bila dah berjaya bergraduat dan banyak lagi.



Gambar aku amik sekejap tadi. Memasing busy ator jubah la, mortar la. memasing punya karenah sendiri.

- Posted using BlogPress from my iPad

Terima Kasih

09 November 2012

Temuduga pegawai perhubungan perusahaan s41

8 november dah pun lepas. Tapi nervous sampai sekarang tak habis lagi. Maybe ini pengalaman pertama saya menghadiri interview. Takpe jadikan semua ini pengalaman. Kat pusat spa tempat saya interview cuma 6 calon je yang ditemuduga hari tu, tapi 2 orang yang tak datang. Thats mean saya calon yang ketiga ditemuduga. Tengah tunggu turn



Ok dah masuk dalam tu mesti ketuk pintu dulu, kalau penemuduga suruh masuk baru masuk. Jalan menuju ke meja penemuduga dan bagi fail dan resume kita. Pastikan letak ditengah2 antara penemuduga tersebut. Kalau disuruh duduk baru duduk.

Saat ni memang dah tak rasa macam nak duduk je dh, ibarat macam duduk di awangan. Hahaha. Ok ni antara soalan yang ditanya time turn saya.


1. Perkenalkan diri, keluarga, pendidikan, penglmn kerja.( soalan ni memang wajib ada)
2. Apa yg anda tahu tentang jwtn ini
3. Apa kaitan jwtn yg anda pohon dgn jwtn yg awk kerja skrg.
4. Sbg anak swk, apa yg terkandung dlm ordinan swk
5. Apa yg awk tahu tentang akta kerja 1955
6. Baru2 ini kjaan telah menguatkuasakan psl gj minimum. Bila tarikh kuatkasa
7. Apa beza mahkamah buruh n mhkmh perusahaan. Sapa yg berkuasa ke atas kedua2 mhkmh tersebut.
8. Dlm akta kerja , brpa bilangan cuti umum
9. Berapa hr cuti rehat diberi kpd pekja.
10. Apa agenda kerajaan disebalik perlanjutan umur persaraan 60 thn
11. Senaraikan akta yg ada bwh ksm.
12. Nyatakan pro n kontra perlanjutan umur persaraan 60 thn .
13. Senaraikan jum ct umum yg ada dlm akta kerja.
14. Apa persediaan awk untuk interview ni

Lebih kurang macam tu la soalan saya dapat tadi. Orang yang interview saya tadi takde wakil dari SPA. Dua orang semua dari jabatan perhubungan perusahaan. Seorang dari jppm dan seorang lagi dari jpp sarawak.



Debar interview sampai sekarang tak habeh lagi. Macam terbayang2 jer. Darah gemuruh kot. Takpe kita tunggu result je. Kalau dah rezeki tak ke mana.



- Posted using BlogPress from my iPad

Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NGoNgexz Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign