Pages

|The Comrades|

31 August 2012

Normal itewww




Hari tue timbang berat dan sukat tinggi terus kat kuching central dengan kiroro. Berat macam dah turun tu. Apehal la tinggi aku ni tak berubah-ubah. Kontot nyer aku. Kikiki. Tak penting tue kan yang penting BMI aku normal kan. Bukan overweight atu underweight gtu kan. Kiroro jer overweight. Lariksssss

- Posted using BlogPress from my iPad

Terima Kasih

Apa sebenar Oppa Gangnam Style?

"Oppa Gangnam Style best! Lawak giler video klip Oppa Gangnam Style oyeoye."



Nah! Gitular antara status yang ada kat facebook 2 3 hari yang lepas. Aku yang tak up to date ni blur la dengan status dorang. Apa ke benda Oppa Gangnam Style ni. Lalu aku pun terus ke link youtube yang dorang link kat fb dan....

Ohhhh.. Ni rupanya Oppa Gangnam Style yang dorang riuhkan 2 3 hari ni. Tarian dorang... Perghhhh ohsem giler sampai buat kitew gelak-gelak. Dalam beberapa minit jer aku masuk balik youtube pun, banyak giler viewer yang nengok.


Hah ala-ala gini la cikit style gangnam ni.. Uolls taip jer oppa gangnam style kat youtube, gerenti ada. Siap orang kitew pun dah terikut-ikut ni.

Oppa Gangnam ni retis dari korea ni hah. Kira retis baru yang sedang melatop dabom dalam youtube sekarang ni la kan. Macam-macam dunia masa kini kan. Sekelip mata jer boleh melatop, pames gitew

Btw, selamat hari merdeka to uolls.




- Posted using BlogPress from my iPad

Terima Kasih

26 August 2012

Samsung bayar RM3.2 billion kepada Apple

Pergh... Menang jugak akhirnya Apple baru-baru ni bila Samsung didapati bersalah kerana meniru paten Apple. Banyak giler tue bhai... Hah jo, baca citer sebenar.

SAN JOSE, California 25 Ogos - Selepas setahun melalui proses perbicaraan, para juri di sini semalam memutuskan bahawa syarikat teknologi Korea Selatan, Samsung mengambil teknologi inovatif yang digunakan Apple bagi membuat revolusi iPhone and iPad keluaran syarikat berkenaan.

Para juri mengarahkan Samsung untuk membayar kepada Apple sejumlah AS$1.05 bilion (RM3.2 bilion).

Bagaimanapun, Samsung akan membuat rayuan berhubung keputusan itu.

Apple Inc. memfailkan tuntutan mahkamah berhubung pelanggaran paten pada April tahun lalu dan menuntut gantirugi tertinggi sebanyak AS$2.5 bilion (RM7.75 bilion) daripada pesaingnya itu.

Samsung Electronics Co. bagaimanapun bertindak menyaman semula Apple dan menuntut ganti rugi sebanyak AS$399 juta (RM1.2 bilion).

Keputusan itu bagaimanapun memihak kepada Apple setelah juri menolak semua tuntutan Samsung ke atas Apple.

Juri juga pada masa yang sama menolak tuntutan Apple membabitkan kira-kira dua dozen peralatan Samsung serta menolak tuntutan ganti rugi AS$2.5 bilion sebagaimana yang diminta Apple.

Bagaimanapun, juri mendapati, beberapa produk Samsung telah secara tidak sah menggunakan ciptaan Apple seperti kebolehan membesarkan saiz teks dengan menggunakan jari.

Sebahagian daripada tuntutan mahkamah juga, Apple menuntut Samsung menarik balik telefon bimbit dan komputer tablet popular syarikat Korea itu daripada pasaran AS.

Hakim dijangka membuat keputusan berhubung perkara itu tidak lama lagi.

Sementara itu, semasa menutup hujah perbicaraannya, peguam Apple, Harold McElhinny mendakwa Samsung 'mempunyai krisis reka bentuk' selepas pelancaran iPhone pada 2007 manakala eksekutif Samsung secara tidak sah membuat keuntungan daripada kejayaan gajet itu.

Peguam Samsung membalas hujah itu dengan mendakwa mereka boleh menunaikan kemahuan pengguna dengan menghasilkan skrin besar pada telefon pintar mereka.

Moral of the story: janganlah kita meniru-niru hasil kerja orang lain. Eh.. Gitu ke..kikiki


- Posted using BlogPress from my iPad

Terima Kasih

19 August 2012

Resepi hati ayam masak rempah

Mood hujung minggu memang terbaek walaupun mood di hari raya kan.. Tengahari lunch hati ayam masak rempah. Orang kata kalau kite yang masak memang tak kan berselera dah nak makan kan sebab kita dah kenyang hidu bau masakan yang kita masak tu. hahaha. Ok ni resepi hati ayam masak rempah aku buat.



Bahan-bahan

Hati ayam dan badal
Bawang merah ( dikisar)
Bawang putih (dikisar)
Cili kering ( dikisar)
Halia ( dikisar)
Serai ( dikisar)
I camca ketumbar
1 camca jintan manis
Cili padi ( dikisar)
Serbuk kunyit
Kari ayam babas
Daun kunyit
Daun sup
Sos cili
Kicap masin dan kicap manis

Cara- cara
1. Kisar semua bahan-bahan yang dalam kurungan di atas tu.
2. Gaulkan serbuk kunyit, cili kering, kari ayam babas ke dalam hati ayam.
3. Perapkan seketika.
4. Panaskan minyak dan masukkan bahan- bahan kisar tadi.
5. Tunggu minyak pecah dan kemudian masukkan hati ayam yang telah digaul tadi.
6. Biarkan seketika dan masukkan daun kunyit dan daun sup supaya masakan tersut berbau wangi.
7. Masukkan kicap manis, sos cili dan kicap masin secukup rada.
8. Dah siap!!!!




- Posted using BlogPress from my iPad

Terima Kasih

15 August 2012

Nada Cinta Episod Akhir Happy Ending

Pergh sinetron nada cinta semalam mendebarkan giler. Kebanyakkan memang tak logik la kan. Yer la cuba tengok kalau part yang teraniaya macam Ibu Rina tu memang tak kan wujud pak polisi kan. Cuba kalau Ibu Nia yang buat, mesti ada jer polisi kan. Pergh tak paham kan. Kadang geram gak tengok citer indon ni tapi tetap gak layan sebab pelakon semua ganteng- ganteng. hihi.

Nada Cinta nak sampai penamat dah. Hari tue aku dah tengok ending kat youtube, tapi sekarang aku cek balik takde plak. Maybe orang dah remove kot untuk bagi penonton lebih suspen la konon.

Uolls tak yah risau sebab ending memang happy- happy jer. Semua pun akan nikah macam ricky dengan nada, cinta dengan marvin, vito dengan flora, alex ngan rasti. Sapa ntah ada anak kembar. Hik2. Bu Rina of coz bahagia ngan en Farish kan. Hehehe..

Takpew uolls sabar jer, tak lama lagi abis la tue.


Terima Kasih

Tahniah Pandelela Rinong


Walaupun lambat update, tapi aku tetap gak nak citer pasal wirawati pertama negara yang menang pingat gangsa olimpik 2012 hari tue. Aku bangga giler dengan anak Sarawak. Proud to be Sarawakian. Go Pandelela.



Muda lagi Pandalela ni kan. Masih jauh perjalanan dia. Harap Olimpik 2016 kat Brazil nanti dia balik bawa Emas pulak. Ketiga terbaik dunia tu bhai.. Ko ada? Paling terharu baca perjalanan kisah hidup Pandalela sepanjang ni memang terharu giler. Dia gtaw kemiskinan bukan penghalang untuk mencapai segala yang kita impikan. See!!! Dia dah buktikan yang anak Malaysia hebat jugak di mata dunia lebih- lebih lagi anak kelahiran Sarawak ni.


Terima Kasih

10 August 2012

Live update from bed no 11

Alahai, first time dalam hidup aku masuk wad. Tak pernah termimpi-mimpi pun..takpew, at least ada gak ceritera nak diceritakan kat anak cucu kelak kan.



Pergh sakit giler kena injek. Adoyai. Alkisah camgini la kan semalam ada majlis berbuka puasa ngan our chief minister of sarawak kat masjid. Balik dari masjid la kena semua ni. Hah ni penyebabnya.



Cer teka certeka. Tak yah la nak teka kan. Ni hah kena patuk aper ntah. Doctor suspek maybe ular or kala jengking or lipan. Tapi ada dua macam gigi. Kalau dua, that mean ular la kan. Jangan tertipu ngan yang kaler hitam tu. Yang tu doctor yang lukis tempat kejadian semalam hah. So dek kerana sakit yang teramat malam tadi tidur kat wad la. Masuk malam ni dua malam lah aku bermalam di katil putih ni dengan ditemani pelbagai pesakit yang berpenyakit. Ahaks.

Hope esok better dan aku boleh keluar wad. Yahoo. Bukan ape makanan tak dap dap.. Dasar pemilih kan.

- Posted using BlogPress from my iPad
Terima Kasih

09 August 2012

Iklan Raya Petronas dah keluar

setiap tahun Petronas memang tak pernah mengecewakan rakyat Malaysia dengan iklan-iklan raya, merdeka, mahupun iklan ape pun kan..

Jom kiter layan iklan Petronas yang daboomm

Klik sini nak tengok -->Iklan Petronas
Terima Kasih

06 August 2012

Kemenangan Dato' Lee Chong Wei merupakan kemenangan bermaruah

Pagi ni macam2 jer tajuk kat akhbar, apatah lagi kat facebook, twitter citer pasal dato lee chong wei. Ada yang mengutuk, ada yang kecewa sebab tak dapat makan ice cream baskin robins free, tak kurang juga ada yang berbangga dengan perjuangan DLCW menentang musuh utamanya Lin Dan. Tapi ternyata musuhnya tue susah nak dikalahkan.

Takpew dato' yang penting u dah buat sehabis baik. Tengok jer pengejaran mata kedua2 lawan tue semalam kan. Sebaik jer Lin Dan menang, dapat dilihat kekecewaan di mata Chong Wei bila beliau terus terduduk di gelanggang olimpik london 2012. Kesian aku tengok..



Honestly, perlawanan malam tadi memang betul-betul sengit. Tengok jer cara Lin Dan yang lebih banyak ke arah psikologi kan. Dah la bila Chong Wei mintak tukar bulu tangkis, Lin Dan tak nak tukar. Hampagas tol kan.

Btw, adat pertandingan ada menang ada yang kalah, takkan nak dua-dua menang kan. Yang pnting semua rakyat Malaysia berbangga dengan DLCW.


- Posted using BlogPress from my iPad

Terima Kasih

01 August 2012

Ibu lahir anak kembar 12 dipaksa pilih seorang daripada 12 dan 11 orang lagi dibunuh

*Sumber: Harian metro



Jinan Huang, seorang ibu yang berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 12 di Shanghai pada hari isnin yang lalu. Jinan, sekarang ini dalam keadaan stabil setelah proses melahirkan selama 31 jam, diberikan peluang selama seminggu oleh kerajaan untuk memutuskan seorang bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan.

“Saya bersama suami belum boleh memastikan pilihan,” ujar Jinan yang bercakap kepada wartawan beberapa saat setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi.

“Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti.”

“Kami pastinya tidak akan memilih bayi perempuan,” tambah suami Jinan. “Kami yakin dengan keputusan kami.” lagi sebelas baki bayi yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudak termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak undang-undang ‘Satu Keluarga Satu Anak’ diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.

Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, sebuah amalan yang juga dijanjikan dengan hukuman mati di China. “Saya tidak mengerti kenapa ini boleh terjadi,” tambahnya. “Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon permintaan maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggung jawab ini.”

Sifat keperimanusiaan di China rasanya sudah lama PUPUS, kenapa kami berkata begitu? kerana sudah banyak kes, cerita mahupun berita yang kita dengar mengenai bayi dimakan, kanak-kanak didera, kanak-kanak dipukul dan kes kanak-kanak yang dilanggar, namun tiada mana-mana pihak yang mahu tampil untuk membantu!


**Kesiannya.. Kenapa mesti dibunuh? Bagi la kat orang yang menginginkan anakkan.. Kalau la bagi je kat Malaysia, ramai yang mahukan anak.. Betapa bestnya punya anak kembar 12. Semua sama rupanya kan..




Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NGoNgexz Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign