Pages

|The Comrades|

30 March 2012

I am back

Lama beno rasanya x update kan. Jap aku nak buang sawang yang tak diundang ni,ahaks... Amacam ada yang rindu kat aku tak? Erkss sengal jer kata gitu kan. Macam la aku ni pames macam kak yanmie tue korang nak winduan bila tak update kan..

Rasanya kebelakangan ni mood berbelog aku dah tak tegar macam dulu dah. Yer la kalau dulu sehari boleh tiga entry aku pos. adakah lifeku dah tak macam dulu sampaikan aku takde bahan dah nak dibelogkan.. Erks, tidak sama sekali bhaiii... Kadang urusan harian kita ni, aku tak suka sangat nak huha huha kan kat public, yer la aku gado ke, marah ke, takde mood ke takkan aku nak lemparkan dalam ni semu ni kan, even suatu ketika dulu belog la tempatku meluah semuanya macam my diary la konon bhai..

Kang kalo aku demam pun aku nak post sini ada pulak yang muntah badang baca post aku kan. Kadang tue aku tak nak post semua berkenaan life ku takut ada sesetengah pihak akan tersinggung ke ape ke or mana taw ada yang terbaca yang bersangkut paut dengan dorang kan. Almaklumla bila aku moody, aku ni sampai mengeluarkan kata-kata yang boleh menyinggung hati orang even aku tak bermaksud gitu sebenar.

Eh, apesal pulak entry aku ni macam emo semacam.. Cheers la bhai!! Orait,sudah la malas dah aku nak taip memanjang. Aku tunggu jam kul 5 dah mok blah dari ofis ni.. Esok terpaksa bertugas lagi. Tapi takpe boleh claim overtime. Kan kan..

Ok, aku titip ini saja sama uolls k.. Tak la kosong sangat entry aku ni takdo gambo




- Posted using BlogPress from my ipad2

Terima Kasih

20 March 2012

Tiada Seorang Pun Yang SEMPURNA


Jika kamu memancing ikan
Setelah ikan itu terlekat di mata kail
Hendaklah kamu mengambil ikan itu
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kail kamu dan mungkin ia akan MENDERITA
selagi ia masih hidup


Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang
Setelah dia mulai MENYAYANGI kamu
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu sahaja
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
Dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu…


Jika kamu MENADAH air biarlah berpada
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh

Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja
Kerana apabila ia mulai RETAK

tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja


Begitulah juga jika kamu sedang memiliki seseorang. TERIMALAH dia seadanya
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa

Anggaplah dia manusia biasa
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN, tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat

Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja


Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT

Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba mencari makanan yang lain?

Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN
Kelak, nasi itu akan BASI dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi
Kamu akan MENYESAL




Begitulah juga jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu
MENYAYANGIMU…. MENGASIHIMU…. dan MENCINTAIMU….
Mengapa kamu berlengah lagi? Dengan cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain?


Terlalu mengejar KESEMPURNAAN?
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN
Kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna,
Sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang
Dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI
Kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA… itu lebih BERMAKNA !

kredit to: cikepal
Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NGoNgexz Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign