Pages

|The Comrades|

21 September 2011

Lamunan terhenti

Adeh, macam lambat giler jam bergerak hari ni. Yer la kan pagi ni aku macam serabut jer turun keja dengan tertinggalnya my 2nd husband kat rumah a.k.a my henpon kesayangan. Kalo OTW g keja sedar henpon tak bawa boleh gak nak patah balik umah amik. Ni, dah sampai ofis nengok- nengok henpon tertinggal umah. Oh Em G…. Terpaksa la bermiss2 dulu ngan kiroro.. Dah call free seminggu tak diguna sebaek mungkin. Esok last free call. Oh Em G lagi la.. Tak pe.. Aku boleh survive without henpon BUT without kiroro I can’t.Eh apa plak melalut kat situ kan..

Ngantok giler hari ni kat ofis bila kawan duduk sebelah aku g berkursus. Baru sehari dia g berkursus aku macam kebuhsanan tahap naga kan. Ini kan pula bila turn aku before ni yang amek cuti sampai 3 hari. Mesti dia lagi meroyan kebusanan. HAHAHA. Rasakan kat aku..

So, hari ni kat ofis aku layan lagu nostalgia. Nostalgia la sangat. Yer la macam lagu Aris Lamunan Terhenti tue. Time sekolah rendah hafal giler lagu ni. Feeling ala- ala menari ngan boyfriend kat padang pasir. Eh padang bola la. HAHA. Time hingusan pun dok feeling gitu kan. Yer la time zaman aku dulu kan kaset jer yang pames. Sekarang mana da ko jumpa kaset dah..Tak pun aku main record dari radio jer dulu. Dulu kan buta IT sikit. Mana kenal tempat nak download mp3. hahaha..

Ohh.. aku ras entry aku kali ni lintang pukang tunggang langgang. Aku ikut jemari aku jer menaip ni sambil mata aku layu- layu gitu…


Terima Kasih

Finally….

Yeah, orang selalu kata bila datang jer hari isnin, mesti title Monday Blues salu dengar. Tapi hari ni aku macam monday blues plak, eh ari ni rabu la. So I call it Wednesday Blues. Boleh ke? HAHAHA. Wordless Wednesday boleh la kan. Skati jer aku nak cakap ape.

Ok, hari ni masuk ofis balik after semalam seharian attending Sarawak Youths for Unity 2011. Erks sound like that la.. Nama panjang terlupa pulak. Sebelah pagi ada sesi ceramah oleh 2 orang speaker. The 1st speaker macam memboringkan sikit bila dia membaca sepenuhnya kat slide. Adeh. Then aku mula la buat keja tak berfaedah untuk menghilangkan rasa mengantok dengan ‘mengupload’ gambar ni kat facebook. HAHA

308927_2421865942990_1141694970_2882191_775924627_n

Ok, turn to 2nd speaker adalah seorang blogger, pada masa yang sama seorang cikgu & pada masa yang sama lagi dia merupakan founder Sarawak Bloggers. AKU?? Woah teruja sekejap terus hilang mengantok bila emcee announce nama speaker tue adalah cyril. Ops. cyril ahli silap mata tue ke? Of coz la tidak kan.. Cyril Dason.. Nama yang memang tak asing lagi kat aku sebab aku memang salu gak follow entry dia kat blog dia. Owh ni rupanya blogger yang salu aku baca entry dia & at the same time silent reader dia kan.

**maaf yer gambar dia ada, tapi akan diupdate kemudian, tunggu aku amek henpon jap**

Macam berganda- ganda teruja aku bhai.. Yer la, sapa tak eksaited bila orang yang ko salu tengok kat dunia maya, then tanpa disedari dia berada didepan mata ko. Hah, apa ko akan buat? Aku apa lagi, terus snap la untuk tayang kat uolss. HAHAHA.. Time dia bagi ceramah langsung takde rasa ngantok bhai, yer la yang 2nd ni bukan macam yang 1st. energetic yang 2nd, sampaikan aku nak lapliplaplip mata aku pun tak sempat( jual la minyak sangat kan).. Tajuk yang dia sampaikan time tue gak kena pada minat yang memang aku ada selama ni macam dunia blogging, dapat duit dari berblog, dapat banyak kawan dari berblog, join event banyak lagi la.. Kalo sapa yang tak minat hal gini memang konfem dorang tertido kat belakang. HAHA.

Sebelah petang plak ada focus group discussion & aku secara disengajakan jadi Leader dalam group Unity in Sarawak. Yer la mentang- mentang aku ni lebih senior dari adik- adikku dalam group tue, terus jer jadi mangsa buli jadi ketua.. Oh, tapke,, I Like double triple adik- adikku sebab aku berkesempatan bertanya soklan kat Pehin Sri. Memang aku idam- idamkan tue eventhough b4 ni aku salu jer jumpa Pehin Sri kan, tapi belom berpeluang nak bertanya soklan dengan jawapan yang ori dari Pehin Sri sendiri.

316821_2422958090293_1141694970_2883235_1941899068_n

Ok, aku memang chop nak duduk depan supaya senang nak amik sesar unjur (udang kering paberet pehin sri) lebihan dimakan Pehin Sri nanti. HAHAA takde la gitu..Aku saje nak duduk depan ..Memang tak rugi la join benda- benda camgini. Bertuah giler bila terpilih.punya la banyak lagi belia kat luar sana & paling bertuah sebab nama aku tersenarai dalam nama belia yang akan join dialogue for Swk Youth. Even duduk atas lantai bontot pun macam besi dah, aku tak kesah la bhaiii.. Paling best aku dapat meet new people macam adik- adik junior ku even beberapa jam jer kan. Precious moment tue. Ko ado? Non ado la bhai..

301239_2422851687633_1141694970_2883217_573496054_n

And finally meh aku nak tayang muka serabai sambil pegang “ Unity in Sarawak”. Proud to be Sarawakian…. Yeahhh

304776_2422983050917_1141694970_2883237_1083256752_n 

**Gambar terpaksa direcycle dari Fb bila, henpon tertinggal kat rumah. Semua gambar dalam henpon. Uwaaa…

Jangan jeles.. Lariksssssssssssssss


Terima Kasih

Wordless Wednesday

P9081797

tetap fanatik


Terima Kasih

16 September 2011

Hari Lahirku, Hari Malaysiaku, Hari Sarawakku

Syukur sangat kali ini aku masih lagi bernafas dan larat untuk menaip entry di hari kelahiranku yang ke 24 tahun. Kali ini bertriple- triple kevanggaan ku sebab tahun ni sepanjang aku bernafas di bumi ini, tanggal 16 September mula ditabalkan Cuti Umum bersempena dengan Hari Malaysia. Tenkiu Prime Minister!!.

Lama giler dah aku tunggu saat gini. Bukan ape.. Semua orang tahu 16 September merupakan tarikh di mana Sabah n Sarawak mendapat kemerdekaan pada 16 Sept 1963 kan. Y not sambut hari yang besar gini kan. 31 Ogos pun hari merdeka, cuti umum.. Tapi kenapa 16 Sept di lupakan.,.Opss aku tershasul dengan tujuan utama. Saje nak refresh balek fakta sejarah aku. (lempang jer bunyi kan)

Setiap tahun semua berlainan cara aku sambut birthday aku. Kalo dulu aku sambut bday aku dengan kawan- kawan aku time zaman kampus, sambut dengan kiroro, sambut dengan penuh kejutan bila member lelaki aku sanggup ceroboh masuk asrama puteri semata- mata nak bagi suprise kat kek aku, tapi tahun ni aku tahu aku takkan dapat semua cara- cara yang aku penah lalui dulu kan (wow, bunyik entry ni macam skema je. SILA JANGAN MUNTAH!!). Tapi aku tetap vangga sebab tahun ni seluruh Malaysia menyambut kelahiran aku kan. Yer la dah nama 16 September. Aku berterima kasih vanyak-vanyak coz uolls semua sanggup amik cuti hari ni coz nak sambut bday aku kan HAHAH (sila lempang lagi).

Eh aku lupa gak nak hebohkan kat sini, aku ngan bapak aku berkongsi tarikh yang sama gak taw. Hebat tak hebat tak? Ko ado??? HAHAHA. Tahun jer tak sama dowh!! Sebenarnya entry ni beberapa jam awal aku taip sebelum tanggal 16 September. Nanti aku auto publishkan. Biar tarikh kat situ 16 Sept 12.00am. Sejarah dowh aku rajin gitu konon.

Sekarang ni gak tengah dengar ucapan PM berkenaan dengan sambutan hari malaysia kat depan TV. Harap2 la PM bagi bday present ke ngan yang lahir 16 September ni kan. Woah demand lak aku..Yang paling mendapat tepukan gemuruh adala AKTA ISA dimansuhkan terus dowh.-No Komen-

Kiroro ada bday suprise ke? Nak terjah rumah aku malam2 buta? Tak mungkin la kan sebab kami sedang dalam perhubungan jarak jauh sekarang. :(. Baik aku buat2 tido awl malam ni sebab aku tahu mesti dia akan kol tepat 12am kan. Hah, jahat tak. HAHAHA.Ngade kan..

Apesal lak entry aku ni kejap cite ni kejap cite tue kejap cite gini. Adeh.. ke laut giler. Alaa. takpe la uolls layang kesengalan aku hari ni kan. Hari ni jer aku taip kesengal gini. HAHA


Terima Kasih

14 September 2011

Sesi diet tak menjadi part 1

Erks.. banyak cantik part 1 kan. Padahal dah berpart- part dah cuma malas nak kepo- kepo sini. Takot ada yang termuntah lak. HAHA.. Kalo tajuk entry gitu maka uolls bersediala untok muntah darah sebab nampak kerakusan aku makan.

Orait… Hari tue dinner kat r****e seafood(konon la seafood). Sekali aku nak order…

Aku: Crab ada?

Waiter: Sorry, takde.

Aku: Hmm. Kerang?

Waiter: Juga takde..

Aku.. !#@(#)#(#)#)#. HAh aku dah mula mencarut dalam hati

Apa kelas. Nama jer seafood kan, tapi yang UTAMA takde. Dah la makanan paberet aku. Terus hilang selera makan. Last- last member yang lain order yang ni hah.. So aku ikut jer la

P9061718

Jangan ingat aku semua punya minuman ni. Aku order carrot + susu jer.

P9061729

Sotong goreng tepong. Rasa? Hmm.. not bad la..sebab? sebab aku tak minat sangat sotong. AKu minat kerang la

P9061731

Yang ni ikan pe ntah member aku order.. Sambal masam giler..

umai

Hah. Mesti uolls tak tahu ni kan.. Ni UMAI. dak semenanjung mesti tak tahu kan. Ni la sushi weolls. HAHA. ikan mentah yang dibuat jadi gini. Sedap giler weh.. Rugi uolls tak merasa. Sorgaaaaa

Orait.. dah kenyang dah.. ZzzZzz


Terima Kasih

Wordless Wednesday

Ce teka…Buah apa..Sedap worrrr….Ada masam boleh buat sambal..Perghhh..Yang manis makan gitu jer.. Kalah buah mangga

buah pangin


Terima Kasih

07 September 2011

WordlessWednesday

redangrybi_2qcidky4

Aku kan memang fanatik binatang ni..HAHAHA


Terima Kasih

03 September 2011

Jodoh tak kira masa

“ Dah takde jodoh redha jer la”

Sapa percaya ngan statment kat atas tue? Hurmm.. AKu?  Nak kata percaya tak jugak, tak percaya tak jugak. Hah camner tue? Ok 50/50 la.

                                                 ^^

                                                 ^^

ramalan-jodoh

Tapi kan bagi kefahaman aku la, kalo kita tak cari jodoh kita camner la kita nak dapatkan jodoh tue kan. Kalo kita tak berusaha untuk mendapat jodoh tue, so dia ibarat takkan datang bergolek lah kan. So bagi aku takde maksud” dah takde jodoh nak wat cmner ka”.

                                                ^^

                                                ^^

At least kita mencuba la kan. Takkan la peluk tubuh jer nak tunggu jodoh tue datang. Lain la orang tua yang jodohkan kita kan, itu baru dinamakan jodoh tak ke mana. Berusaha la selagi kita ada ruang untuk berusaha untuk mendapatkan jodoh yang kita nak tue. Eh pandai plak aku ajar uolls kan. Sekadar nak berkongsi la kan.

jodoh

                                                 ^^

                                                  ^^

Mana tahu esok lusa benda yang kita tak sangka kita bertemu jodoh di tepi jalan ke, kat shopping complex ker, then tup- tup dah ajak kawen terus kan. HAh tue baru jodoh bhai… Siyes okie, takde perancangan pun then esoknya terus nak kawen. Walawei.. Hebat

-sekian-


Terima Kasih

02 September 2011

Setiap masa, hari, tahun tentu la ada improvement kan!!

Bila baca balik entry yang lepas- lepas yang aku tulis, macam mengarut pun ada. Yang paling tak best bila tulis macam tahap skema aku tinggi giler. Yer la kan time tue pun baru belajo la konon..Yang paling buat aku sengih sorang- sorang bila aku bahasakan diri “CIK NGEXZ”. Cik la sangat kan and bila bahasakan diri ini “SAYA”. Auww macam nak temuntah kejap.

Yer la time tue pun buat blog pun cuma suka- suki. Tak tahu pun peranan blog ni pada masa yang sama boleh menjana pendapatan, bermain dengan SEO la, google indexs la,etc laaa.. Aku kan jenis yang main tibai jer. Kalau uolls teringin nak nengok penulisan aku dulu- dulu terjah la entry lama- lama aku kat sidebar tuh. Tapi promise jangan gelak.

Siap ada tulisan kecik besar kecik besar pun ada, yang kalerful pun ada. Yang ni entry pertama aku buat kot. Klik sini. HAHAHA mafia la sangat kan.. Tapi best gak time buhsan nengok- nengok entry geli gituh. Lawak pun ada. Dan yang paling buat aku malu, camner la reaksi orang yang baca blog aku time tue( ada ke orang baca). Yer la penulisan pun macam budak kecik jer. HAHAA


Terima Kasih

01 September 2011

Satu ke Dua cukup ke Tiga cukup?

Tak paham la adat dunia sekarang kan. Dah ada kapel tapi masih nak cari skandal lain. Erk, macam la aku ni baik sangat kan. Erks sekarang aku di kira baik la, tak macam dulu(macam tajuk di atas) Tapi sekarang aku dah insaf la konon. (tak bermaksud aku jahat sangat dahulu).

Yer la aku pelik bin ajaib la bila nampak manusia hari ini or kawan aku sendiri. Kata dah declare ada KEKASIH, tapi dengar- dengar berskandal dengan KEKASIH GELAP.Huh, tak paham bhaiii..

Pernah sekali aku tanye ngan dorang ni, apesal nak skandal lagi kan dah ada kekasih? Alasan dorang mudah jer. “ Kekasih dorang jauh di mata, tue yang boring tak dapat kuar dating la, tak dapat jumpa salu la”. Huh ada plak gitu kan. Senang giler soklan.

Kalau dah kena tinggal kekasih nanti, baru melolong-lolong( ada ke perkataaan gitu) mintak kembalikan. Dah terlambatkan sapa suruh curang dulu.. Eeei tak koser denn.. Aku memang la pernah gitu dulu, yer la sekadar nak main- main jer kan tak siyes pun, tapi I sekarang setia tau.. (kembang hidong). HAHAHA.

Kekasih Gelap

Hah nak camgini ke?? Eeeeiii giler ke apeee

p/s Sesajer jer nak tulis entry gini. Mana taw member aku tue insaf la kan.HAHAHA


Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NGoNgexz Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign