Pages

|The Comrades|

13 January 2011

Facebook Akan Ditutup?


Amacam tajuk kat atas tue? Ada goncang tak hati bila tahu facebook akan ditutup? Bagi pengguna tegar facebook maybe hati dorang akan rasa bergolek-golek jatuh kan. Yer la takde dah tempat untuk lepak-ing, tempat diari dorang(konon), tempat memecahkan rahsia musuhnya(ada taw), & banyak lagi la. Yang paling penting tempat dorang berkenal-kenalan ngan teman baru kan. Ok semua tue bukan masalah yang aku nak cita. Tapi aku nak cita berkenaan dengan khabar angin penutupan Facebook pada 15 Mac 2011 ni.Korang percaya tak? Sila la percaya okie!!

Sebenarnya Facebook tidak akan ditutup pada 15 Mac 2011. Semua tue merupakan berita palsu yang dibawa oleh Weeksly World New. Kalau tak caya hah tengok kat bawah ni!!

Ok, relaks semua okie, Jangan gelabah dulu. Walaupun semua orang tahu facebook sudah menjadi sebuah laman sosial yang paling popular, tapi kita semua ingat maybe suatu hari nanti perkara ni maybe akan betul berlaku kan.

Ok sebenarnya khabar angin yang dibawa Weeksly World New mengatakn bahawa pengasas laman sosial ni iaitu Mark Zuckerberg sedang menhadapi tekanan untuk terus mengurus laman sosial beliau. Ok mari ikuti temuramah melalui telefon bersama pengasas laman sosial ni.

" Facebook sudah diluar kawalan saya dan tekanan menguruskan syarikat ini telah menganggu hidup saya.Saya perlu hentikannya untuk mengelakkan tekanan ini," jelas Zuckberg pada satu sidang luar di pejabatnya di Palo Anto.


Hah, korang rasa macam mana? Betul ke tak facebook akan ditutup kelak? Meskipun 15 Mac ni facebook tidak akan ditutup, maybe suatu hari kelak laman sosial ni maybe akan ditutup juga akhirnya.

Aku bukan pengguna tegar facebook tidak akan merasa kehilangannya, tapi ANDA macam mana? Ada rasa dunia korang akan gelap gelita tak bila ketiadaan FACEBOOK? HAH, so aku tak kisah la Aiman. HAHA

notatangan: Maybe Friendster akan popular kembali kan.

Terima Kasih

10 January 2011

Ana Raffali Tolong Ingatkan Aku

Monday bluezz.Semua pagi ni mata macam panda kan sebab nengok Anugerah Juara Lagu semalam dan terasa amat kaget bila diumumkan Ana Raffali yang bawa lagu Tolong Ingatkan Aku menjadi Juara Lagu kali ke 25. Aku memang takder pun menyangka Ana Raffali yang akan menang malam tue. Aku memang sangkakan Yuna yang bawa lagu Cinta Sempurna akan dapat Juara Lagu tapi sangkaan memang jauh tersasar. Kiroro pulak sangkakan Faizal Tahir yang menang, tapi betul gak ckit tekaan dia sebab Faizal Tahir menang Persembahan Terbaik. Memang terbaek la sampai lemas-lemas. HAHA.

Ok aku malas nak cita panjang-panjang pasal AJL sebab aku memang nak merapu meraban pasal awek si Ana Raffali ni. Korang tahu tak macam mana Ana Raffali ni menjadi pames terutama dengan lagu berhantunya Hujan Bunga di Kuala Lumpur tue. Mulanya memang nak suka-suka upload videonya sendiri kat Youtube. Tapi tak sangka pulak bila Aidit Alfian ke kalo tak silap aku tergoda dengan suara mantap Ana Raffali so terusla amik dia sebagai 1st artis rakamannya. Memang hebatkan. Agak-agak kalo Cikgu Shida wat gitu ada orang nak amek ke? HAHA. Opss!Tershasul ke citer lain.

Ok, korang ni mesti dah jatuh hati ngan lagu Ana Raffali kan. So apa tunggu lagi meh la download cepat-cepat & letakkan lagu ni sebagai ringtone henpon korang. HAHA. Hah download sini cepat tau. Kang melepas pulak.

Lepas ni gerenti Ana Raffali meletop-letop kan. Auww..suka muka tomey dia. Sekali tengok memang macam Lisa Surihani. Dua kali tengok tak macam Lisa lagi la. AHHAHA.Apa-apa pun Lisa Surihani manis lebih lagi. HAHA.

notatangan: Paling salute kat Hafiz. Walaupun leher masih sakit effect dari accident sebelum AJL, tetapi tetap dapat bagi persembahan yang mantop sehingga merangkul Vokal Terbaik & Tempat Ketiga ka.. Agi Idup Agi Ngelaban.Auwww

Terima Kasih

03 January 2011

Faizal Yusof Meninggal!!


Happy New Year. Belom terlambat kan nak wish tahun baru 2011 ni. Dan hope tak terlambat juga aku nak mengucapkan takziah kepada keluarga Faizal Yusof di atas pemergian beliau pada 1 Januari 2011. Mula memang tak percaya Faizal Yusof pergi sebegitu cepat. Aku ingatkan Faizal Yusof anak Datuk Yusof Haslam tapi rupa-rupanya Faizal Yusof bekas suami kepada Siti Nordiana.
Allahyarham meninggal terkena serangan jantung. Memang ramai yang tak percaya kan. Apa-apa pun kita semua terpaksa redha pemergian beliau. Pembukaan 2011 dah dikejutkan dengan pemergian bakat seni yang tiada tukar ganti. Teringat lakonan beliau dalam drama Adamaya yang membawa watak Dani dahulu. Ingat lagi tak sehingga ramai penonton tidak menyukai watak yang dibawa beliau dan sehinggakan ada peminat yang membuat fan page "kami benci watak faizal yusof dalam adamaya". Sehingga ke tahap itu kan penangan Dani kepada mereka. Harap-harap la uolls semuatak membenci Faizal Yusof yang sebenar kan. Benci kat Dani oke je. Kalau tak silap drama beliau yang tengah ditayangkan di TV3 sekarang iaitu Tiramisu merupakan drama terakhir beliau kot.

Apa-apa pun sama-sama kita doakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat & moga keluarganya redha dengan pemergian beliau
Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NGoNgexz Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign