Pages

|The Comrades|

31 May 2010

Punat dan Bekom

Woah! Uolls rasa nape title entry ngexz gitu. Pelik semacam jer bunyi kan. Apa itu Punat dan Bekom. Jom- jom teka apa sebenarnya tuh. Meh ngexz tunjuk gambar baru uolls tahu apa sebenarnya Punat dan Bekom.

**




**


**
Tara!! Ni la Punat & Bekom yang ngexz maksudkan.Cute tak


Yang kiri tue Punat a.k. a jantanyer la dan yang macam malu- malu cat kat kanan tue Bekom a.k.a betinanya la. Ngexz baru beli dua ekor rabbits ni ahad yang lalu. Lama gler dah berkenan nak membela setelah pemergian 2 ekor ngexz yang lalu. Akhirnya ngexz dapat gak menunaikan hasrat ngexz. Ngexz beli sepasang kot- kot nanti boleh beranak pinak. Fewitttt!!

Bekom nanti ngexz akan berikan kepada anak saudara ngexz. Biar dia yang bela. & yang jantannya biar ngexz yang jaga sebab Punat ni agresif sikit. Kalau dikeluarkan dari sangkar asyik nak main jauh- jauh jer. Penat ngexz kejar. Lain pulak Bekom ni asyik nak makan jew, tue yang badan dia nampak berisi sikit. Lepas makan, apa lagi, tido jew keja dia.

Seharian ni ngexz memang main jew keja ngan 2 ekor ni. Suka gler ngan yang bulu dia. Tomey. Kalau rabbits yang ngexz bela dulu ada kaler hitam & putih jew. Dan sekarang kacukan dah ngexz beli. Cute tak?

Jom layan gambar yang ngexz amek tadi.


Time ni Bekom baru habeh terjun dari meja!!
** Sempat lagi nak gigit wayar.Memang kaki makan
** Masih terkejut nengok mouse ngexz yang berkelip- kelip

** Time ni Bekom makan carrot. Cepat jew habeh. Punat punye pun dia ngap gak!!
** Ngexz terpaksa pegang Punat time nak amek gambar sebab tak reti nak duk diam
** Cak!! Baru dapat capture yang cantek
** Hargh..Sekali Punat posing, mengalahkan Bekom

Huh..Abes dah edisi Punat & Bekom. Amacam uolls? Cute tak teman baru ngexz?

p/s tak tau la anak saudara nak amek yang mana satu. kalo dia amek yang jantan, terpaksa la ngexz tukar lagi nama sebab ngexz nak nama Punat jew. Nama bekom khas untuk anak saudara. HAHAHA..

Terima Kasih

Tumpasnya Geng Ragut


Wow hari ni ngexz tertarik membaca tajuk berita harian online yang mana 25 peragut bersaudara tumpas di tangan pihak polis. Selalunya kita mendengar macam Geng Kapak. Geng Parang kan, tapi kali ni 25 bersaudara mempunyai pekerjaan menjadi peragut. Bayangkan 25 orang tue beb yang mempunyai pertalian persaudaraan lagi tue. Memang dari ibu sampailah ke anak la ni bekerja sebagai peragut. Ape nak jadi manusia sekarang.

Menurut sumber peragut- peragut ini berasal dari Sabah. Bayangkan jew mereka sanggup pergi ke Semenanjung gara- gara untuk menjalankan aktiviti terkutuk ni. Peragut tersebut telah tumpas semasa Karnival Jom Heboh yang telah dijalankan di Perlis minggu lepas. Tak cukup dengan tue je dorang ni siap tulis dalam diari lagi tempat sasaran yang mereka nak g ragut. Hebat gak kan siap tulis dalam diari. Kiranya memang dorang rancang habis- habisan la ni.

Mangsa utama mereka adalah kanak- kanak yang memakai barangan kemas. Ok jom kita baca berita penuh tentang kes ragut ni.


KANGAR: Seramai 25 peragut, sebahagian besarnya mempunyai pertalian keluarga, termasuk ibu dan anak perempuan, ditahan dalam operasi khas polis Perlis selepas dikesan aktif meragut sempena Karnival Jom Heboh TV3 di sini, kelmarin. Berikutan itu, polis menemui 37 rantai leher, 14 loket, sembilan rantai tangan dan kaki yang keseluruhannya bernilai RM26,500 diragut kumpulan itu pada program yang berlangsung selama dua hari berhampiran Stadium Utama Kangar, di sini.
Ketua Polis Perlis, Datuk Ghazali Mohd Amin, berkata 25 suspek iaitu 12 lelaki dan 13 perempuan berusia antara 18 hingga 46 tahun yang semuanya berasal dari Sabah dikesan bergerak aktif menjalankan kegiatan ragut sempena majlis keramaian.
“Polis menerima 11 aduan mengenai kes ragut membabitkan mangsa terdiri daripada kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun yang mengunjungi Jom Heboh dan segera menubuhkan skuad khas memantau kegiatan itu,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis (IPK) di sini, semalam. Beliau berkata, empat suspek pertama, termasuk dua wanita ditahan bersama dua gunting sebelum, polis menyerbu sebuah hotel di Kuala Perlis dan menahan 21 ahli kumpulan peragut yang sebahagian besarnya mempunyai pertalian keluarga menginap di tujuh bilik di situ. “Siasatan awal mendapati, kumpulan itu datang ke sini hanya untuk meragut. Polis turut menemui diari tercatat beberapa majlis keramaian yang akan menjadi sasaran mereka,” katanya. Ghazali berkata, polis turut menahan tiga suspek pembeli berasal dari Perak dan Pulau Pinang yang mengikuti kumpulan terbabit bersama alat penimbang emas serta 80 gram emas yang baru dibeli. Beliau berkata, modus operandi mereka adalah bergerak dalam kumpulan kecil dengan mengenal pasti kanak-kanak yang memakai barangan kemas. serta mengelilingi mangsa sambil bermain manja sebelum meragut. Semua 25 suspek ditahan reman selama empat hari bermula semalam untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. Pendaftar Mahkamah Sesyen Kangar, Monica Jospeh Gaisah, hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar, bagi tujuan keselamatan untuk membaca perintah reman kepada semua suspek, pagi semalam

p/s Berhati- hati apabila berada di tempat keramaian kerana ketika ini lah para peragut akan menjalankan perbuatan meragut tanpa kita sedari

Terima Kasih

Download Prince of Persia ( The Sands of Time)


Wow!! Hari ni ngexz baru kesempatan nak publish entry sejak kebusyan melampau 2 3 hari dengan berjalan pang pung pang pung sana sini. Dan ngexz tidak ketinggalan untuk melepaskan niat untuk menonton movie yang ngexz dah lama tunggu. Sebulan yang lepas dah kot ngexz ngidam nak nengok movie ni. Apa lagi. Prince of Persia la.

1st of all, ngexz nak bagi thumb up besar2 dulu kat movie ni. Movie ni memang best gler nawwww.. Rugi tak g nengok. Ngexz memang tak berkelip mata nengok setiap scene yang dipaparkan.Fuh.. Tambahan lagi ditambah dengan kekacakan Dastan yang dilakonkan oleh Jake Gyllenhaal yang bisa mengoyahkan hati wanita. FUhhhh!!! Macam maner?Ada kelas tak? Jom ngexz cita sikit pasal jalan cerita dia k

Konon, menurut legenda Persia, barang siapa memiliki sebuah jam pasir yang berisi Sands of Time (pasir waktu) akan mampu membalikkan waktu. Jam pasir ini adalah pemberian para dewa yang tak boleh dipergunakan sembarangan. Di tangan orang yang baik, jam pasir ini dapat mendatangkan kebaikan dan sebaliknya di tangan orang yang jahat maka kehancuran yang ditimbulkannya juga tidak terbayangkan.

Satu-satunya orang yang dapat mengeluarkan 'pasir waktu' ini dari dalam jam pasir adalah Dastan (Jake Gyllenhaal) yang memiliki Dagger of Time (belati waktu). Dastan, sang pangeran, bukanlah lelaki yang jahat namun dengan tipu daya sang wazir (Gisli Orn Gardarsson), Dastan akhirnya melepaskan 'pasir waktu' ini dan mengakibatkan kekacauan di mana-mana.

Seluruh kerajaan seketika musnah dan penghuninya berubah menjadi monster yang menakutkan. Kini keselamatan seluruh dunia berada di tangan Dastan. Ia harus berhasil mengembalikan 'pasir waktu' ini ke dalam jam pasir dan menghentikan kehancuran di muka bumi. Untungnya, Dastan sang pangeran tidak sendiri. Ada Putri Tamina (Gemma Arterton) yang bersedia membantunya dalam misi mulia ini.

**kredit to www.kapanlagi.com



Terima Kasih

27 May 2010

Apakah Nilai AF di mata peminat industri hiburan masa kini?


Wow! Ngexz suka nak mengimbas kembali dari AF1 sehinggah AF8 yang baru mendapat juara baru. Uolls rasa apakah nilai AF di mata uolls sekarang? Pejam celik dah 8 musim AF diadakan. Macam tak terasa je kan. Jika kita lihat AF yang terdahulu memang memberi kesan di mata masyarakat, tetapi pada musim ke -8 nampaknya efek AF musim ini semakin pudar.

Mereka tidak lagi menonton AF sebagai satu aktiviti wajib di hujung minggu, duduk di kedai kopi mengadap skrin TV untuk menyaksikan konsert AF. Mereka seolah- olah tidak kisah apa kejutan yang dilakukan oleh pihak AF. Berbeza dengan AF terdahulu, setiap kejutan yang dilakukan memang meninggalkan kesan di hati penonton. Malah menjadi trademark kepada penonton. Contohnya suatu ketika dahulu anak- anak muda mengikut trademark yang dilakukan oleh ADAM yang popular dengan " bandangannya". Malah kanak- kanak sanggup bersengkang mata menonton sekali konsert AF yang berlangsung setiap Sabtu pukul 9 malam. Tetapi tidak pada masa kini. Apa sudah berlaku?

Suka ngexz nak imbas kembali semasa era AF7 dahulu yang mana ngexz melihat sendiri di tempat ngexz kegilaan penonton menanti konsert berlangsung sampaikan sanggup lepak di kedai kopi dan ini sekali gus mengkumpulkan semua ahli keluarga dengan menonton bersama- sama meskipun duduk di kedai kopi. Naaa... di sini kita dapat lihat mereka secara tidak langsung mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan adanya program AF. Sekarang? Ngexz bukannya nak pertikaikan bahawa AF sekarang tidak semacam dahulu, tetapi agak pudar berbanding dahulu. Mana kurangnya?

Mari kita baca petikan yang ngexz baca di akhbar Kosmo hari ini berkenaan dengan Konsert AF yang lalu.

"Mengakui persembahan terakhir kelima-lima finalis Muhd. Shahril Firdaus Eli (Daus), Emirza Azwan Zulazrin Chew (Iwan), Muhd. Firdaus Maulana Mohamed (Maulana), Ahmad Shahirb Zawawi (Shahir) dan Siti Adira Suhaimi (Adira) lebih menghiburkan.

Akan tetapi mood serta keterujaan di stadium tidak begitu dirasai. Entah di mana silapnya, program yang mengangkat Shahir sebagai juara dengan menguasai jumlah undian 43.19 peratus itu pada mata pandangan ramai - gagal.

Mencatatkan jumlah undian 3.75 juta untuk keseluruhan musim, angka itu mencatatkan kemerosotan berbanding tahun lalu yang berjaya meraih 3.9 juta undian. Dari segi rating secara purata bagi keseluruhan musim, AF8 juga mencatatkan penurunan yang ketara berbanding tahun lalu".

Apa yang uolls dapat rasa daripada petikan tersebut? Penonton seakan- akan bosan menonton persembahan yang tidak ada transformasi daripada para peserta. Akan tetapi, ura- ura menyatakan bahawa AF musim akan datang tetap akan diteruskan kerana AF sudah mendapat tempat di hati penonton, cuma kualiti peserta seakan- akan tidak menepati citarasa penonton. Suka ngexz nak imbas lagi, ngexz paling suka AF yang ada Bob, Aizat,Stacy & Hafiz sebab kesemua pelajar pada masa tersebut terbaikkkk.

Kita lihat sendiri sahaja populariti Mawi & Faizal. Ke mana pergi kedua- dua sang juara ini? Adakah mereka juga sudah hanyut ditelan kepopularan? Mawi yang suatu ketika dahulu merupakan ikon yang menjadi buah mulut dan kini berdesup jatuh selepas mendirikan rumah tangga & Faizal hilang entah ke mana.

Bebalik kepada AF8, kita sendiri lihat kenapa kebanyakkan lagu yang diberikan kepada pelajar merupakan lagu- lagu daripada KRU sendiri dan kebanyakkannya lagu- lagu lama. Dan ini jawapan daripada pengetua AF, Norman.

Jawab Norman: "Pilihan lagu sebenarnya bukan terletak atas tangan saya. Kami ada satu pasukan khas yang mendengar lebih 30 buah lagu baru. Mereka memainkan lagu tanpa mengetahui siapa penulis dan penggubahnya.

"Kemudian lagu-lagu dipilih mengikut kesesuaian pembawakan serta genre masing-masing. Bila saya menjadi pengetua, ia tidak bermaksud saya mahu membelot semua.

"Dari awal lagi saya menyatakan saya memang mahukan bantuan daripada Edry dan Yusry. Mereka membantu saya dari segi penilaian dan kualiti. Bukan senang untuk menghasilkan lagu dan klip video dalam masa singkat."

Tidak kira apa pandangan umum mengenai edisi kelapan AF, barometer Astro menyatakan program itu sukses. Maka, perjuanganAF setakat ini dilihat tidak akan terhenti sebegitu sahaja.

Landasan hiburan yang pernah mencipta fenomena itu disimpulkan berakhir dengan melahirkan seorang lagi bintang baru dalam industri. Cuma adakah Shahir akan mengikuti jejak langkah juara lain yang berjaya atau sebaliknya. Kita tunggu dan lihat."

Ok ngexz tak nak tulis panjang- panjang lagi. Cuma ngexz suka nak mengimbas semula era kegemilangan AF yang dahulu. Biar melatop macam dahulu, baru penonton ada semangat nak tengok.

Apa- apa pun entry ngexz kali ini ngexz dapat sumber daripada Kosmo.


Terima Kasih

26 May 2010

Anne dicerai ketika hamil!!!


Saat ngexz menulis artikel ni, mesti uolls sudah tahu berkenaan dengan kisah penceraian Anne Ngasri atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri dengan suaminya Abdul Wafi Hassan yang dinikahi sejak 2006 lalu. Tidak siapa tahu takdir jadi sebegini kan. Jodoh di tangan Tuhan walaupun ada ura- ura mengatakan punca utama adalah disebabkan orang ketiga dan difahamkan suaminya telah nikah lain. Akan tetapi Anne dengan tenang menyangkal semua itu.

Time Sehati Berdansa dulu bahagia je kita nampakkan. Kita tak menyangka bala sebegini mereka tempuhi. Ada pula sumber menyatakan penceraian ini merupakan akibat " badi sehati berdansa". Yer la kan kalau nak nengok banyak pasangan yang dah join sehati berdansa bercerai. contohnya macam Radhi OAG, Atilia.

Malah di saat Anne diceraikan, dia sedang mengandungkan anak ketiga yang sudah berusia empat bulan bersama bekas suaminya. Sungguh berat dugaan yang Anne tempuhi. Teringat pulak pasal Nora Danish yang diceraikan oleh suaminya dahulu disaat dia mengandungkan anak bekas suaminya juga. Berbalik kepada pengakuan Anne, dia memberitahu benih yang ada di dalam rahimnya tidak mungkin diikat semula dengan ikatan rumah tangga kerana dia dan Wafi telah bercerai talak tiga.

Menurut Anne, setelah gagal mencari jalan penyelesaian, Anne telah menfailkan permohonan lafaz cerai pada 16 April lalu yang mendakwa suaminya ada melafaz " Aku ceraikan kau Anne" di kediaman mereka di Shah Alam pada pukul 11.20 pagi, 25 Mac lalu.

Disini ngexz ingin kongsikan antara temubual Kosmo dengan Anne.


KOSMO!: Sejak bila Anne dan Wafi berpisah? Adakah Wafi tahu mengenai kandungan Anne?

ANNE: Kami berpisah sejak bulan Mac lalu dan masa Wafi melafazkan cerai dia tahu yang saya sedang mengandung.

Waktu diceraikan, ada tak Wafi terfikir mengenai kandungan Anne?

Saya tak tahulah apa reaksi dia tentang hal ini.

Bagaimana dengan perasaan Anne sekarang?

Bagi saya, ini semua qada' dan qadar. Mungkin jodoh kami tidak berpanjangan. Saya pun dah cuba yang terbaik. Sekarang saya rasa lebih lega. Saya menerima takdir ini dengan hati yang terbuka. Saya menerima apa yang sudah terjadi dan inilah penyelesaian yang terbaik untuk kami.

Lega dengan keputusan ini?

Ya. Sebab saya reda dengan ketentuan ini dan lega kerana segala masalah yang dilalui kami selesaikan dengan cara yang baik. Saya pun tak suka antara kami atau keluarga bergaduh.

Apa punca kalian bercerai?

Saya tak mahu komen apa-apa dan ia terlalu peribadi untuk saya ceritakan. Dia pun ada keluarga dan saya perlu menjaga hati keluarga bagi kedua-dua belah pihak.

Ada gosip mengatakan yang Anne adalah mangsa keganasan rumahtangga. Benar?

Saya tak mahu komen apa-apa.

Ada kaitan dengan orang ketiga?

Maaf, yang ini juga saya tak mahu komen.

Masih lagi sayang pada suami?

Ya, masih. Siapa yang tidak sayang suami dan siapa yang mahu rumah tangga mereka berantakan bukan? Tapi ia telah pun terjadi dan inilah jalan terbaik buat kami. Saya reda. Saya percaya, ada hikmah disebaliknya.

Sudah bersedia bergelar janda?

Ya, saya dah sedia dan tak risau pun dengan kritikan yang bakal diterima nanti. Saya masih muda dan banyak perkara lagi yang perlu dilakukan. Saya pun tak serik untuk berumah tangga semula pada masa akan datang nanti.

Anne nampak terlalu tenang, tapi mesti anda menyimpan semuanya sendirian bukan?

Saya pun tak tahu. Kena redalah. Rasanya dalam hal ini, kita tak boleh tuding jari kepada sesiapa pun kerana dua-dua pun salah.

Komen Anne bila orang mengaitkan penceraian kalian berpunca daripada badi program realiti televisyen, Sehati Berdansa?

Taklah. Ini semua kerja Allah S.W.T. Saya percaya hal ini bukan kerana badi Sehati Berdansa. Ada juga yang tidak terlibat dengan program itu juga bercerai.

Dulu ketika Anne baru menjinakkan diri dengan pemakaian tudung, Anne dikritik kerana membuka tudung dalam dramaNa-O-Mei. Jadi adakah Anne akan membuka tudung mengikut tawaran juga selepas bergelar janda?

Saya tak mahu komen apa-apa. Insya-Allah saya akan pakai sampai bila-bila. Alhamdulillah, sejak peminat dan media memberi respons mengenai perubahan saya yang memakai tudung ini, semakin banyak pula tawaran berlakon watak bertudung.

Apa perancangan Anne kini?

Pada 26 Mei ini, saya akan mengerjakan umrah mengikut rombongan. Saya tahu, beribadat di mana-mana pun sama. Tapi di sana saya nampak cahayanya dan hasrat ini sudah lama saya inginkan. Sudah dua kali saya ingin mengerjakan umrah dan Alhamdulillah, keinginan buat kali ketiga ini termakbul. Kebetulan tarikh itu adalah ulang tahun pernikahan saya.

Hak penjagaan anak pula bagaimana?

Buat sementara waktu, saya yang menjaganya dan setakat ini kami tiada masalah tentang hak penjagaan anak. Lagipun, saya tinggal berdekatan dengan keluarga dan jika tidak dapat menjaga anak-anak kerana penggambaran, saya akan hantar kepada mak saya. Cuma harapan saya, biarpun kami sudah berpisah, anak-anak kami tidak akan terabai. Terutama daripada segi kasih sayang. Saya harap kami akan adil dalam hal kasih sayang ini.

Nak tahu lebih lanjut tengok kat sini k


Terima Kasih

Mayat Bayi ditanam ditemui


Lagi- lagi kes pembuangan bayi. Apa nak jadi masyarakat kita pada hari ini. Memang tidak pernah wujud rasa belas kasihan dalam diri mereka sehingga sanggup membunuh darah dagin sendiri. Malam tadi ngexz tengok lagi berita berkenaan dengan penemuan seorang lagi bayi yang ditanam berhampiran Stesen Komuter Padang Jawa.

Mayat bayi malang tersebut dijumpai seorang pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad(KTMB) yang dibalut dengan kain lampin di dalam sebuah kubur kecil yang baru digali. Jahanam la orang yang melakukan perkara sebegini.Memang tak selamat dunia akhirat kan. Yer la bayi yang tak berdosa menjadi mangsa dan apatah lagi sanggup dibunuh dengan kejam.Buat seks pandai, tapi dah ada bayi, bayi pulak jadi mangsanya. Apa ke jadahnya. Jom tengok berita penuh berkenaan berita ini

"SHAH ALAM 25 Mei - Gejala buang bayi sudah kerap kali dihebahkan media namun ia sedikitpun tidak memberi kesedaran kepada segelintir individu tidak bertanggungjawab untuk mengulangi perbuatan itu.

Masih ada pihak yang tidak serik - melakukan hubungan seks terlarang sehingga hamil dan mangsanya adalah bayi yang tidak berdosa.

Terbaru, mayat seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditemui ditanam berhampiran Stesen Komuter Padang Jawa di sini malam tadi.

Mayat yang dibalut dengan kain lampin itu ditemui selepas seorang pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ternampak sebuah kubur kecil yang baru di kawasan tersebut kira-kira pukul 10 malam.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Nor Azam Jamaludin berkata, polis yang tiba di tempat kejadian selepas dimaklumkan, menggali kubur kecil sedalam 0.5 meter itu sebelum menemui mayat bayi bersama urinya yang dipercayai baru ditanam.

"Kita masih menyiasat mengenai penemuan ini bagi mengesan individu yang terlibat," kata beliau ketika dihubungi pemberita di sini petang ini.

Ini merupakan kes buang bayi terbaru dikesan. Pada 14 Mei lalu, seorang bayi lelaki ditinggalkan di atas lantai beralas tikar di belakang Masjid Jamek Al-Makmur di Sungai Lalang, Sungai Petani di Kedah.

Dua hari sebelum itu, pasangan remaja yang baru berusia 19 dan 15 tahun didakwa menanam mayat bayi lelaki mereka di tebing sungai di Taman Melaka Baru, Batu Berendam, Melaka.

Menurut Nor Azam, kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.

Bagaimanapun, kata beliau, sehingga kini belum ada tangkapan dibuat dan polis meminta mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya memaklumkan kepada mana-mana balai polis terdekat."

Kalau kita nak ingatkan kembali, isu pembuangan bayi memang tak pernah berkurang. Malah makin menjadi-jadi adalah. Buktinya ada disini. Tak cukup dengan itu lagi, muncul pulak isu berkenaan pembuangan bayi lagi, dan buktinya dipaparkan disini. Uolls tengok la sendiri macam mana sikap masyarakat pada hari ini. Artikel yang paling memilukan hati pernah ngexz tulis adalah berkenaan dengan penemuan bayi yang dibuang di dalam longkang di Kuching, Sarawak. Buktinya disini. Ngexz terpaksa remove gambar bayi malang tersebut kerana sangat menyayatkan hati.

Uolls, cuba kita cari jalan penyelesaian bagaimana nak selesaikan isu ini. Ngexz tengok isu ni macam tak pernah berkurang jew, makin menjadi ada la.


Terima Kasih

23 May 2010

Kemenangan Shahir sudah dijangka


Agak kelewatan ngexz publishkan entry terkini berkenaan dengan keputusan akademi fantasia 8 kan. Mesti sudah lapuk uolls pikir. Yer la ngexz nengok pergi saja ke mana- mana blog rakan lain, latest entry mesti berkenaan dengan kemenangan Shahir malam tadi.

Ngexz tak tengok sangat konsert akhir akademi fantasia malam tadi coz ngexz tengok macam hambar je berbanding dengan AF sebelum ni kan. Maybe lagu- lagu yang dibawa pelajar kebanyakkan lagu lama- lama kot. Lain la macam era Stacy, Hafiz dulu kan, lagu yang diberikan memang lagu yang tengah meletup.

Ok berbalik kepada kemenangan Shahir. Jika kita imbas kembali, Shahir merupakan pelajar yang bertuah mendapat AFMASUK daripada para pengundi kan. So, sama juga keadaannya dengan era kegemilangan Mawi dulu. Mawi juga merupakan pelajar AF yang mendapat AFMASUK. Maka tidak hairan la kita semalam Shahir telah mengembalikan kembali era Mawi dahulu. Maksud ngexz, kedua- dua juara ini merupakan antara pelajar yang mendapat AFMASUK.

Ngexz bukan nak menyatakan ketidakpuashatian kemenangan Shahir, tapi macam berat sebelah kepada 4 pelajar lain yang bertungkus lumus mempelajari benda baru sepanjang Shahir keluar AF kan. Then tiba-tiba dalam masa 1 minggu jer, Shahir bergelar juara. Mengikut ramalan ngexz, Adira mahupun Maulana dijangka juara kerana kedua- dua pelajar ini mempunyai keunikkan vokal tersendiri. Tapi apa-apa pun rezeki lebih memihak kepada Shahir.

Suka ngexz hendak membandingkan Shahir dengan Mawi kerana kedua- dua orang ini seakan- akan mempunyai persamaan. Bukan banyak la, cikit ada la. Contohnya, suara Shahir ada iras2 melodi Arab ckit, sama macam Mawi gak kan. Yang lain ngexz malas nak ulas. Uolls la judge sendiri.

Apa- apapun, ngexz ucapkan tahniah kepada Shahir. Moga dapat mencipta nama di persada seni seiring dengan artis lain. Jangan macam Mawi, sekejap jer meletup, then sekarang terus tenggelam.

Terima Kasih

22 May 2010

Menang Project Alpha Daily Contest!!


Salam di hari minggu uolls semua. Sihat tak hari ni? Mesti banyak plan uolls di hujung minggu gini kan. Yang dah berfamily tue, mesti ada plan masing-masing macam pergi berkelah, balik kampung ke atau ada yang memilih untuk berehat di rumah saja. Bagi pasangan berchenta pulak uolls mesti keluar dengan pacar hujung minggu gini kan. Hehehe

Ok nampak tak title ngexz atas tue. Sebenarnya semalam ngexz menerima emel dari nuffnang menyatakan bahawa ngexz merupakan salah seorang 5 daripada pemenang harian Project Alpha Daily Contest. Tak caya ni buktinya.

Hi there,

Congratulations on being one of the winners of the Project Alpha Ruumz Daily Contest! Your prizes have been delivered to the Nuffnang office and are ready for collection. As such, you're welcome to drop by our office from 9am - 6pm on weekdays to collect your prize. Our office is located at:

12B-5 & 12B-6, Heritage House,
33 Jalan Yap Ah Shak,
50300 Kuala Lumpur.

Once again, congratulations on your win and we hope to see you at our office soon!

Tapi ngexz ada problem nak claim hadiah tue sebab ngexz bukan berada kat Kuala Lumpur sekarang. I kat Sarawak ok.. Jauh nauuuuu.. Hah macam mana tue? Sayang plak hadiah tue burn je kan kalau tak claim sebab hadiah tue maybe barangan adidas dan daripada ruumz sendiri. Ngexz pun tak pasti. Dorang tak mention pulak. Semalam ngexz dah tanya samada mereka boleh poskan hadia tue or tidak. Kalau dorang nak poskan, tak menjadi masalah. Tapi kalau dorang nak suruh amik sendiri kat office dorang, tak taw pulak ngexz camner nak wat

Uolls, sapa yang boleh tolong ngexz claimkan hadiah tue? Plishhhh tolong lew.. HAHAHA

Terima Kasih

19 May 2010

Teknik Mempercepatkan Mr Google Index Page


Tengahari di hari Rabu uolls. Camner hari ni? Ada baek ke? Panas ka 2 3 menjak ni. Tak senang duduk ngexz. Ok ngexz tak nak cakap panjang lagi. Hari ini di entry kali ini, ngexz nak share satu teknik yang amat mujarab untuk menaikkan trafik uolls tanpa bersengkang mata nak blogwalking. Teknik apa ni? Guna ubat guna-guna ke? Tak pun guna bomoh Siam? Takde maknanya bomoh Siam atau ubat guna2 mahupun pakai minyak senyonyong nak pikat pelawat datang ke blog kita. Caranya amat mudah. Meh sini ngexz explain sikit kat uolls pasal teknik ni k

Menurut otai SEO, page kita akan cepat di index oleh Mr Google jika content uolls banyak menggunakan keyword mahupun tags yang amat popular. Popular macam mana yang ngexz maksudkan? Maksudnya keyword yang biasa akan di google oleh googler seluruh dunia la beb. Contohnya kalau keyword dalam bahasa melayu antara keywords yang popular adalah seperti kisah pembunuhan altantuya, pekerjaan kosong, isu- isu sosial. Nah ini la keywords yang hot selalu di google oleh googler.

Tapi kali ni ngexz akan sertakan antara keywords yang amat mahal yang biasa di google oleh googler seluruh dunia. Mahal tuh beb!! Jangan sebarangan. Kalau berani cuba.

high paying keywords lawyers southern california los angeles drunk driving lawyer car accident lawyers los angeles mesothelioma attorneys dallas mesothelioma attorneys criminal defense lawyer in los angeles car accident lawyers staten island dallas mesothelioma lawyers mesothelioma lawyers dallas federal loan consolidation department san francisco car accident lawyers car accident lawyers san francisco columbus auto accident lawyers car accident lawyers bronx discounted conference calling services calling conference discounted services selling structured settlements birth injury lawyers philadelphia birth injury lawyers salt lake city car accident lawyers car accident lawyers salt lake city phoenix divorce attorneys car accident attorneys new haven portland car accident lawyers philadelphia auto accident attorneys auto accident attorneys philadelphia atlanta mesothelioma claims car accident lawyers brooklyn cash for structured settlements indiana accident attorneys georgia truck accident lawyers philadelphia auto accident attorney auto accident attorney philadelphia auto insurance quotes florida san francisco birth injury attorneys structured settlement cash payout Las Vegas auto accident lawyers car accident lawyers new york city new york city car accident lawyers gieco auto insurance quotes facial hair removal nyc new york city lasik vision correction auto insurence quotes michigan auto accident lawyer new york city motorcycle accident lawyers motorcycle accident lawyers new york city fort worth lasik vision correction tax attorneys virginia verizon conference calls birth injury lawyers ny hartford asbestos lawyers irs problem solvers low rate secured loans car insurance in austin san francisco auto accident attorney georgia car accident lawyers car accident lawyers georgia insurance quotes california auto insurance quotes california california auto insurance quotes accident lawyers new york city new york city accident lawyers fort worth lasik eye philadelphia auto accident lawyer philadelphia georgia mesothelioma claims reporting software piracy consolidation loan refinance student elevator accident lawyers ny structured settlement loan sell future payment orlando car accident lawyers car lawyers orlando student loan consolidation interest rate injury lawyers nyc consolidate loan refinance student asbestos lawyers california california asbestos lawyers philadelphia motorcycle accident lawyers motorcycle accident lawyers philadelphia birth injury attorneys ny auto accident attorneys san francisco auto accident attorneys conference calling services calling conference serviceslemon law attorneys san diego Georgia tractor trailer accident lawyer dlt data recovery personal injury lawyers nyccriminal defense lawyers southern california minnesota refinance mortgage loans jones act lawyer conference calling provider new york city accident attorneys accident attorneys new york city auto accident attorneys salt lake city tax lawyers virginia Tennessee truck accident lawyers minneapolis personal injury lawyer new york city lasik lasik new york city group response system audio conference calling loan consolidation rate georgia car accident lawyer consumer fraud attorneys los angeles birth injury lawyers bronx accident lawyers bronx atlanta car accident attorney conference calling solutions unlimited conference calling four color postcard printing best term life insurances los angeles motorcycle accident lawyer motorcycle accident lawyer llos angeles attorney dui attorney los angeles georgia auto accident lawyer student loan consolidation incentive accident lawyers brooklyn michigan truck accident lawyer personal injury lawyers atlanta atlanta personal injury lawyers tampa auto accident lawyer auto insurance quotation irs tax lawyer sony card rewards catalog non recourse stock loans irs bank levy michigan auto accident attorney louisiana mesothelioma lawyers car accident attorney los angeles perkins loan consolidatio student loan consolidation interest rates dui attorney pinellas columbus auto accident lawyer auto accident lawyer columbus atlanta mesothelioma lawsuits atlanta car accident lawyer 454 home equity loan mesothelioma attorneys california california mesothelioma attorneys call cheapest conference rate dlt recovery universal life insurance quote birth injury lawyers brooklyn dallas lasik eye surgery birth injury lawyers staten island galveston mesothelioma attorney mesothelioma attorney galveston portland oregon personal injury lawyer chicago motorcycle accident lawyers motorcycle accident lawyers chicago car accident lawyers nashville nashville car accident lawyers motorcycle lawyers san francisco chicago personal injury attorney irs tax help tax help irs help tax hawaii car accident attorney fort lauderdale car accident attorney motorcycle accident attorney california california motorcycle accident attorney georgia accident lawyers cash for annuity payment new york birth injury lawyer affordable conference calling brain injury lawyers philadelphia brain injury lawyers elevator accident lawyers new york compare car insurance rates tampa auto accident attorney telephone conference calling new york motorcycle accident lawyers motorcycle accident lawyers new york injury attorneys nyc home equity loans refinance credit conference calling solution illinois birth injury lawyers criminal defense attorneys southern california criminal defense attorneys los angeles conference calling company los angeles dui defense attorney mortgage bad credit texas criminal defense lawyers californiatennessee auto accident lawyer san francisco truck accident lawyers truck accident lawyers san francisco atlanta car accident lawyers car accident lawyers atlanta accident lawyer nyc refinancing school loans sell annuity settlement auto accident attorneys georgia georgia auto accident attorneys motorcycle accident lawyers bronx web conferencing internet solution ohio mesothelioma lawyers sacramento auto accident lawyer child abuse attorneys southern california labor lawyer philadelphia injury lawyers greenville greenville injury lawyers conference calling service calling conference service michigan medical malpractice lawyers boston sedation dentistry sedatio dentistry boston best student loan consolidation student
loan consolidation best equity interest rates best home equity loans best equity home loans ritter exam table 104 early leaning centre child abuse attorneys california greek sailing yacht charters child abuse lawyers southern california structured settlement broker georgia mesothelioma lawyers gieko auto insurance kansas auto accident lawyer beaumont mesothelioma attorneymesothelioma attorney beaumont cerebral palsy lawyers philadelphia philadelphia cerebral palsy lawyers incorporate nevada nevada incorporate asbestos lawyers southern california mesothelioma lawyers san diego ach processing software connecticut low mortgage rates brite smile los angeles los angeles brite smile trial attorneys brooklyn car accident lawyers utah utah car accident lawyers child abuse lawyers california arizona dui lawyers bad credit credit equity line wisconsin birth injury lawyer home equity loan poor credit home equity loan breathe rx oakland auto accident lawyer mesothelioma support groups filing for divorce in arizona new york defective drug attorneys defective drug attorneys new york conference calling comparison accident lawyer bronx rizona medical malpractice lawyers dallas lasik eye surgeon car accident lawyers chicago structured settlements affordable auto insurance quotes private school loan consolidation new jersey home equity loan rate the lasik vision institute florida mesothelioma lawyers charged with prostitution phoenix medical malpractice lawyers cdw government inc irs problem california car insurance quotes 4 color postcard printing san francisco car accident attorney toll free conference calls allentown accident lawyer chicago wrongful death attorneys wrongful death attorneys chicago company conferencing solution web closing cost loan no refinance asbestos lawsuits texas wisconsin auto accident lawyer texas asbestos lawsuits culinary schools in dallas

Amacam? Banyak tak atau uolls tak percaya keywords yang ngexz sertakan ni macam sebarangan je? Tak percaya, tak pe, depend kat uolls k. Ngexz juz nak share je. Uolls jangan salah paham mahupun berkerut kening tue nengok keywords yang ngexz sertakan ni. Keywords ni sebenarnya keywords yang amat popular di google oleh googler seluruh dunia, bukan di Malaysia saje k

Selamat Mencuba

p/s kredit to Mr Remedy

Terima Kasih

18 May 2010

Di Manakah Nilai Perikemanusiaanmu??


Selamat tengahari uolls. Panas giler rasanya hari ini. Di dalam kepanasan sebegini, terdetik hasrat ngexz nak menulis lagi berkenaan dengan kisah pembuangan, pembunuhan bayi sekali lagi. Jika uolls ingat, minggu lepas ngexz ada menulis berkenaan dengan kisah bayi yang ditinggalkan di depan masjid. Tapi hari ini lain pula yang berlaku kepada nasib bayi malang ini. Bayi ditanam oleh remaja yang tidak punya hati perut!!

Melaka, seorang bayi telah ditemui mati akibat ditanam oleh remaja yang berumur 15 dan 19 tahun. Yang lebih menyedihkan lagi, bayi tersebut sudah cukup sifat dilahirkan oleh pasangan remaja berkenaan dan telah ditanam berhampiran Sungai Melaka. Memang tersangat la keji kan perangai dorang ni. Yang lebih memeranjatkan lagi menurut sumber remaja lelaki tersebut merupakan seorang penuntut di sebuah institut pengajian tinggi di Terengganu.

Dalam pada yang sama remaja perempuan hanya diketahui oleh ibunya apabila ibunya menyedari bahawa anak perempuannya berlumuran darah dan segera mengejarkannnya ke hospital. Sampai di hospital, doktor mendapati bahawa anak perempuannya baru sahaja melahirkan anak dan terkejut dengan berita tersebut ibunya bergegas melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

Dari situ baru la pihak polis melakukan siasatan dan bergegas ke tempat bayi tersebut ditanam. Siasatan mendapati bahawa bayi tersebut dilahirkan cukup sifat selain terdapat kesan lebam di kepalanya.

Cuba uolls renungkan kembali peristiwa pembuangan bayi ini. Apakah langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk menangani gejala pembuangan bayi ini? Nampaknya gejala ini makin menjadi budaya masyarakat kita pada hari ini. Bagi pendapat ngexz. kerajaan harus mengenakan tindakan yang berat kepada pesalah . Kalau setakat nak kenakan hukuman saman menyaman jer kepada pesalah, ngexz rasa gejala ini amat mustahil untuk diatasi. yer la kan setakat saman, bayar saman apa la sangat bagi mereka kan. Nengok2 kali kedua dorang wat perkara sama lagi.



Terima Kasih

14 May 2010

Mampukah Malaysia Mengalahkan China?


Nampaknya ini entry pertama ngexz berkenaan dengan Piala Thomas & Piala Uber yang sedang berlangsung di negara kita sekarang. Ngexz hendak berkongsi sedikit berkenaan dengan rentetan drama pasukan negara kita. Tambahan lagi pada malam ini kita akan menyaksikan perlawanan di antara pasukan negara Malaysia dengan China.

Kita sendiri sedia maklum bahawa China merupakan sebuah pasukan yang payah hendak dijatuhkan walaupun kita sudah memasang banyak strategi yang dapat menumbangkan mereka. Misi menumbangkan juara 7 kali iaitu China pada separuh akhir Piala Thomas pada hari ini hanya mampu dilaksanakan asalkan pasukan negara tidak tersasar daripada percaturan asal. Barisan negara kita tidak kurang hebatnyakan iaitu yang dibarisi oleh Datuk Lee Chong Wei, pasangan beregu Koo Kien Keat & Tan Boon Heang, Hafiz Hasyim, Choong Han, dan 1 lagi pasangan beregu negara yang mungkin menurunkan Zakry Latif & Hoon Thien How.

Daripada apa yang ngexz tengok semasa Malaysia bertempur dengan Denmark, Chong Wei dan pasangan beregu negara, Kien Keat & Boon Heang merupakan pemegang "kunci" yang mampu membawa Malaysia ke final. sekiranya salah satu daripada mereka gagal, maka amat sukarlah untuk Malaysia beraksi di final

Apa-apa pun malam ni kita sama- sama setia menunggu di depan tv melihat pasukan negara berjuang ke final. Apa yang kita harapkan mudah-mudahan pasukan negara mampu ke final kerana pasukan China bukan calang- calang pasukan yang ditandingi. Apa- apa pun dalam mengalahkan negara tembok besar tue, pasukan negara jangan cepat menyerah kalah. Terruskan perjuangan sampai ke titisan terakhir.


p/s Lama gak ngexz tak main badminton ni.Hehehe
Terima Kasih

Lagi-Lagi Kes Pembuangan Bayi


Petang ni ngexz tengok berita semasa di tv1. Alangkah terkejutnya ngexz apabila manusia pada hari ini tidak pernah serik dan sedar lagi terhadap masalah yang menghantui negara kita pada hari ini iaitu kes pembuangan bayi!!

Dimanakah sikap perikemanusiaan yang dimiliki manusia sebelum ini sehingga sanggup membuang darah daging sendiri? Adakah tidak pernah ada perasaan belas kasihan terhadap bayi yang dikandungkan 9 bulan sehingga sanggup membuang darah daging sendiri tak ubah seperti binatang?

Baru- baru ini, seorang bayi telah ditemui diletakkan di hadapan pintu masjid di Kedah ketika lelaki tersebut hendak menunaikan solat. Pada mulanya beliau hanya menyangka bahawa tangisan suara bayi adalah datang daripada anak kepada keluarga yang menginap di masjid itu sementara waktu, akan tetapi alangkah terkejutnya apabila beliau mendapati bahawa tangisan tersebut adalah datang daripada bungkusan yang berada di tangga.

Bayi tersebut masih ada kesan tompokan darah dan menurut sumber kemungkinan besar bayi tersebut baru dilahirkan. Bayi yang malang tersebut amat bernasib baik kerana masih bernyawa dan terus dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut cuma yang amat kasihan bayi tersebut dalam kesejukkan kerana kemungkinan besar ditinggalkan selama berjam- jam.

Ngexz tertanya- tanya kenapa sikap manusia pada hari ini tidak pernah insaf walaupun telah banyak langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk menangani isu pembuangan bayi. Uolls rasa apa yang patut kita lakukan untuk menangani isu ini? Ngexz ingatkan selepas peristiwa pembuangan bayi yang sebelum ini ibarat cendawan tumbuh selepas hujan akan reda, tetapi lain pula yang jadinya. Semacam menjadi trend dah isu ini.
Terima Kasih

11 May 2010

Hari Belia Negara!!


Hari ini aku tertarik nak buat satu entry berkenaan dengan Hari Belia yang bakal kita sambut tidak lama lagi. So dengan ini, aku pun ingin membuat satu entry khas sempena dengan Hari Belia ni dan sekaligus aku ingin mengikuti contest Creative Youth Blog yang dianjurkkan oleh ITYM.

Ok memang amat tepat dengan tema hari belia pada tahun ini iaitu "Belia Kreatif Pemancu Pembangunan Negara" dan maka memang amat sah lagi bahawa aku memang wajib mengikuti aktiviti seperti ini kan. Korang kat luar sana ada peluang lagi nak join contest ni sebab tarikh tutup adalah 13 Mei. So nak join jom terjah kat sini.

Apa yang anda perlu lakukan bila menyertai contest ni?? Senang je. Jom tengok syaratnya kat sini

Pada tahun ini Hari Belia akan diadakan pada 14 sehingga 16 Mei 2010 bertempat di Presint 4, Putrajaya. Banyak aktiviti yang akan diadakan pada hari tersebut seperti persembahan Nasyid, peragaan fesyen, siaran langsung al- Kuliyyah, Karnival JomHeboh, Konsert Rabbani, clash of the band, pertandingan cyber games dan banyak lagi aktiviti lain yang best.

Apa itu ITYM?

ITYM merupakan singkatan kepada Information Technology Youth Movement atau dalam bahasa melayunya Gerakan Belia Teknologi Informasi. ITYM berfungsi untuk menyatukan golongan belia yang terlibat dalam aktiviti yang melibatkan IT atau senang kita nak paham iaitu belia yang terlibat dalam dunia blogging.

Visi ITYM

Untuk menjadi saluran utama agar suara golongan belia dapat didengari dan dihubungkan dengan agensi kerajaan. Melalui cara sebegini belia berpeluang untuk menyuarakan pendapat dengan saluran yang betul dan sekali gus boleh membantu dari segi sosial, ekonomi, dan politik negara.

Misi ITYM

Untuk menghimpunkan kesemua belia dan pemimpin golongan belia untuk lebih rapat samada saluran perjumpaan luar dan dalam talian.

Objektif ITYM

Untuk kesedaran bagaimana golongan belia boleh menyumbang sesuatu kepada pembangunan negara menerusi internet terutamanya dalam saluran blog.


Apa sangkut-paut hari belia dengan blogger?

Oleh kerana tema pada tahun ini adalah " Belia Kreatif Pemancu Pembangunan Negara", dan pada masa yang sama kebanyakkan bloggers banyak berkecimpung dalam dunia blogging. So maka amat tepat sekali bahawa contest ni amat sesuai untuk para-para bloggers a.k.a belia kan. Sepanjang penglibatan aku dalam dunia blogging ni, aku dapat tengok sendiri bahawa kebanyakkan bloggers adalah terdiri daripada belia- belia.

Sempena Hari Belia yang bakal kita sambut ni nanti, ITYM akan membuat pameran untuk Bloggers di mana mereka akan mencari 50 blog belia yang kreatif dan 50 blog yang kreatif tersebut akan menerima sijil penghargaan dan sekali gus, blog mereka akan dipamerkan di booth ITYM sempena Hari Belia nanti. Hebat tak? Pada masa yang sama, blog yang terpilih tersebut dapat mempromosikan blog mereka sendiri.

Korang tahu tak contest ni amat penting sebab 50 blog kreatif yang dipilih nanti akan diserahkan kepada Perdana Menteri kita, Datuk Sri Najib Tun Razak untuk membuktikan penglibatan blogger dalam masyarakat.

Memperjuangkan bloggers seperti kita selaras dengan tema Hari Belia

Seperti yang aku nyatakan tadi Belia Kreatif Pemancu Pembangunan Negara, tema ini amat bertepatan dengan belia- belia pada hari ini kerana ibarat kata pepatah pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Maka tidak dapat disangkal lagi bahawa penglibatan belia dalam masyarakat dan sekaligus dalam memajukan pembangunan negara amat penting sekali.

Ingin aku nak imbas kembali kata seorang tokoh suatu ketika dahulu bahawa, kemusnahan sesuatu negara ada sangkut paut dengan kemusnahan belia- belia negara itu sendiri kerana belia lah yang menjadi tulang belakang di dalam sesebuah negara. Penglibatan belia dalam dunia blogging adalah amat sesuai kerana dari situ mereka dapat mengeluarkan idea-idea yang kreatif tanpa ada isu-isu sensentif dan tahu batas- batas kebebasan bersuara.

Kewujudan blogger pada hari ini sekali gus dapat menghimpunkan kesemua di dalam satu- satu aktiviti dan pada masa yang sama boleh mengeratkan tali silaturahim antara blogger dengan menganjurkan aktivit- aktiviti yang sihat.

Dunia blogging pada mata kasar aku juga dapat mengurangkan aktiviti- aktiviti yang tidak sihat yang kita selalu dengar di dada-dada akhbar pada masa kini. Sebagai contohnya dalam diri aku sendiri bahawa aku lebih banyak meluangkan masa dengan bermesra dan mengenali blogger lain walaupun hanya di alam maya. Dan ini menampakkan bahawa sebagai seorang blogger tidak menyalahi undang- undang selagi kita tahu batasnya

Okeyh siap entry khas sempena Hari Belia ni.

p/s rasa macam dihargai sebagai seorang blogger kalau ada contest gini kan :)






Terima Kasih

Rita dan Aidil didenda RM500


Hari ni ngexz baca Utusan Malaysia dan ternampak satu tajuk yang agak menarik. Rita & Aidil kena denda dan nampak wajah ayu Rita Rudaini bertudung. Sah lagi memang dorang naik makhamah.Jom kita baca berita pasal pasangan ni

Aidil Zafuan & Rita Rudaini telah dikenakan denda sebanyak RM500 kerana bernikah di Songkhla, Selatan Thailand tanpa kebenaran makhamah pada pukul 9.30 malam pada 25 Feb tahun lalu. Mesti korang dah tahu dulu kan pasangan ni telah bernikah secara senyap di Thailand. Balik2 je Rita dah sah jadi isteri Aidil.

Dan sekarang pun pasangan ini telah mendapat cahaya mata yang amat comel. Malah dikhabarkan pasangan ni makin bahagia dengan rumahtangga mereka sekarang. Tambah- tambah lagi dengan kehadiran cahaya mata yang semakin membesar.

Ngexz harap mereka berdua bahagia sampai ke anak cucu. Jangan asyik bercerai berai je. Almaklumlah kan kita selalu sangat dengar artis zaman sekarang sikit- sikit bercerai. Macam dah jadi trend plak.

Terima Kasih

10 May 2010

SEGMEN KHAS DARKBATMAN: AKU PUNYA ENTRI BAEK PUNYE


Woah menarik tak tajuk entry ngexz atas tue?hik2. Baek punya tuh copy paste title Aie. Hehehe. Ok nape ngexz wat tajuk gitu. Ok ni disebabkan ngexz ikut segment khas yang dikendalikan oleh mr darkbatman kita ni. Eh salah, sekarang dah jadi redbatman. Yer la dia kan nak seiring dengan redmummy dah. Tul tak bro. Salute kat ko aie Yer la tengok la header terbaru beliau ni.

Ok ngexz join segmen ni sebab mengikut apa yang darkbatman ni gitaw, dia nak bagi trafik free kat kita yang join ni.Ok tak caya apa ngexz cakap cuba uolls terjah sendiri blog dia ni.Klik je sini. Hah betul tak. Trafik plus plus gitu. Tapi ada syaratnyer gak kan. Ngexz dah ikut semua syarat yang darkbatman bagi ni . So sekarang kita g ke sesi pemilihan entry paling menarik yang ada kat blog ngexz.

Eh jap2. Ada ke entry menarik kat blog aku?? Uwaaaa.. Actually takde la beb. Cuma ngexz rasa entry ni yang banyak membantu menaikkan trafik ngexz walaupun ngexz tak dapat blogwalking 2 3 hari lepas. Ngexz pilih entry pasal Mia Sara a.k.a Amani Adamaya sangat comel. Hah berdasarkan keyword, banyak visitor masuk blog ngexz gara- gara nak nengok adik kecil yang tomey2 ni. So apa tunggu lagi. Klik je sana. Rugi tak klik sebab dalam entry tue semua ada, latar belakang Mia Sara a.k.a Amani, link ke facebook dia. Cepat click!!


Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NGoNgexz Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign