Pages

|The Comrades|

31 March 2010

Keywords dalam menaikkan trafik

Hai peeps!! Ketemu lagi kita yer di teratak serba bersawang ngexz ni.Cier. 2 3 hari ni, eh salah.2 3 minggu ni mesti uolls windu ngan ngexz sebab x nampak berjalan-jalan di blog korang kan. Ala uolls ngexz manyak2 minta maap la k. Ngexz bizi tahap marimuthu alapagas erk.Semasa entry ni d post pun senarnya ngexz lagi dalam kebizian.Tapi kerana uolls, I sanggup taw.huhuhu.Ayattttt.

Kalau yang jenguk umah ngexz ni memang uolls perasan kan takder lagi benda hijau kat sana.Nak taw kenapa?? Tak yah la ngexz gtaw, sebab uolls kebanyakkan dah taw kan & yang penting uolls pun sama gak kan.**clapclap**. Sejak ketiadaan ngexz berblogwalking ni, trafik ngexz memang menjunam ibarat jatuh ke gaung dah. sehari paling ckit ngexz dapat 5 je dapat.adoiyai. shusah gak ati nengok kan. Akan tetapi walaupun ngexz tak dapat berblogwalking, ada gak yang sudi datang. thank uolls.

Ngexz lupa nak share sumthing kat uolls. Ala tak de ape senarnya. Juz nak share sal trafik ngexz naik sampai 400++ lebih kerana benda ni even ngexz time tue takder entry baru. Mana tau uolls nak amik tips ngexz ni.Hehehe. Yer la kan, kalau yang jenis memang seminggu sekali br update tuh, boleh la pakai tips ni.

Senang je. Kat sini keyword memang memainkan peranan penting.So, uolls mesti pandai main keyword tuh. Contoh yang ngexz buat ni.Ngexz paling banyak orang masuk page ngexz sebab nak baca sal Benjy. So, uolls mestilah boldkan nama Benjy ke, Mak dia ke,

** ok yang ni, ngexz dapat this week. Tengok jer tuh, ngexz x update entry pun, ada gak yang masuk nengok sal benjy kan.



** yang ni paling masyuk sampaikan trafik ngexz terus naik.Macam-macam dorang search.Apa Yang penting dorang still search sal Benjy gak.

Ok tak cara gini???Uolls try la k


Terima Kasih

25 March 2010

Antara Aku, Dia dan Kamooo!!






**saje nak letak pic aku gini.miahaha!!

Dumdumcak dumdumcak!!**ikut cara toche-toche**

Ngexz tetiba terperasan yang kebelakangan ni entry yang ngexz tulis banyak berkenaan pasal orang lain kan? Lain la masa dulu-dulu tengah skema, memang salu jer tulis pasal diri ngexz. Tapi sekarang? Mak aiii minah jompot!! Besa la artis tak bleh sangat dedah pergerakan harian sekarang.Takut kena kejar paparazi **boleh blah je dengar kan** Kali ni ngexz saje nak tulis pasal diri ngexz.Biar la nak tulis apa-apa yang berlegar dalam kepala ni.

Hurm..Malu plak i nak tulis2 pasal peribadi ni **sambil tersipu**.Macam nak sekeh je dengar ayat gitu kan? Uolls nak tak sekeh ngexz? Jangan r beb.Kang senteng uolls.Miahaha.Ok2 seyes k.ngexz main listdown je la.Macam karangan lak nanti.

**Next week presentation Thesis.Perkara paling important ni.tat y duk paling atas list ngexz walaupun ni perkara paling ngexz tak sukeeee..auwwww
** next week gak segala benda hape ntah asaiment pun nyebok nak kena anta gak.Nyebok je kan.
** Tak lama lagi cuti sem, tat mean tak lama lagi la final exam.Hate it!! tapi i like holiday!!!
** Esok g jumpa En Kiroro. 2 minggu suda tak jumpa walaupun minggu lepas tak dapat jumpa lama2.tapi apa yang penting minggu ni kita berjimba2 walaupun minggu depan minggu paling worst!!
** Ada sesuatu berlaku hari ni.tak bleh mention sini.Privacy!! Kang paparazi nampak.Kenalan seangkatan je taw ni!!.Akan dibincangkan!!**ada lak gitu**
**Sekarang mula nak berjinak-jinak dengan segala ntah hape bisnes.Ni nanajoe punya angkara la ni.Saiko aku je.HAHAHA.**gurau je nana**
Bila ngexz rasa stress ngexz akan tenung 2 ekor ikan kecayangan ngexz kat tepi belah kanan lappy ngexz.**naaa sekarang dorang lak tenong ngexz.malu i..auwwww**
** Sekarang bilik ngexz mengalahkan tongkang pecah.Tapi belom dapat kalahkan time minggu exam.Memang macam ntah ape dah.Nak g jalan pun takot terpijak buku.**woah bunyi macam aku ni study bagai nak pecah je kan**Buwerkkkk
**Ngexz rasa tangan ngexz sudah penat.So cukop setakat ni.Ok tak???

Harap dapat bersambung

Terima Kasih

21 March 2010

Lagi kisah Benjy


Hai peeps!! Lama beno ngexz tak post entry baru kan.Macam seminggu sekali jer baru post yang baru.Mesti uolls buhsan nengok blog ngexz bersawang gitu je tak diupdate.Almaklumla tak de bahan sangat nak popekkan ngan uolls.Tue yang senyap je.Tapi kali ni ngexz sekali lagi tertarik nak mengulas berkenaan dengan Benjy.Ala Benjy lagi.Mesti uolls buhsan kan.Ngexz minat sangat ke ngan Benjy sampai nak tulis berkali-kali? Minat tue perkara kedua sayang oi.Tapi ngexz memang tertarik dengan mak Benjy tue.Ok meh kita popek dulu!!

Tadi g la nengok Melodi kan intebiu Melodi ngan Mak Benjy Mama Azean tuh. Time nengok-nengok tuh tak pasan plak aekmata ngexz kuar dengar luahan Mak Benjy. Kita kan dah tahu pasal Mak Benjy yang mati-mati mengatakan anaknya tak terlibat dengan semua tue kan.Naluri keibuan dia mengatakan yang anaknya tidak terlibat.Apa yang paling menyentuh perasaan bila Mama Azean mengatakan bahawa Benjy salah ke tidak, dia tetap anggap Benjy anak dia even ada sesetengah pihak mengatakan hubungan mereka mula renggang bila Benjy kena tahan pun tetapi sebenarnya tidak.Malah hari-hari bertanya khabar. Ye la kan kecian gak nengok Mama Azean tuh, Dah la dia sakit.Tup-tup ditimpa masalah pasal penangkapan anak dia.

Malah Mama Azean diajukan soklan berkenaan adakah dia akan menggunakan khidmat guaman bila Benjy didapati bersalah pun Mama Azean menyatakan bahawa beliau tidak sanggup nak menggunakan khidmat guaman.Belia cuma berserah 100% kepada Tuhan bahawa Dia je la yang boleh menghakimi semua tue.

Mama Azean sendiri menyatakan bahawa beliau benar-benar rapat dengan Benjy, apa yang Benjy buat semua Benjy akan roger kat mama dia, apatah lagi soal kewangan. Tapi nape plak soal gini mama dia boleh terlepas pandang kan.Tak kot.Mustahil-mustahil .Orang kata naluri ibu ni salu nye betul.

Memang tersentuh abis dengar luahan Mama Azean, malah beliau sendiri pun tak dapat menahan airmata melihat dugaan yang melanda keluarganya. Apa-apa pun sama-sama la kita menunggu keputusan Benjy ni k.Harap semua tue tidak benar.kecian plak nengok mama nya gitu.

Terima Kasih

15 March 2010

Apa Kena dengan Benjy??



Macam mana ngexz nak mulakan ni erk..Dewasa ini... Eh tak boleh tak boleh, macam skema je..Pada hari itu..eh lagi la tak boleh, macam nak story telling je.Ok r straight to the point je la.

Mesti uolls dah nengok kat tv mahupun kat newspaper kan berita paling hangat yang berlaku kat Benjy. Uolls kenal tak sapa Benjy ni? Ala pelakon anak kepada Azean Irdawaty tuh la yang pernah menang Anugerah Skrin beberapa tahun lalu. Apa yang berlaku kat Benjy? Benjy ditahan kerana didapati mengedar dadah selepas penemuan sebuah makmal mini memproses dadah.Mak ai...samapi gitu sekali kan.Takkan la seorang pelakon sampai wat gitu. Sepatutnya seorang pelakon ni la boleh dijadikan role model kepada masyarakat. Tapi ini pulak yang berlaku.

Dah la time penangkapan tuh dibuat dia bersama dengan teman wanita dia lagi tuh.Wakluuuu!!Dah la dah kawen kenapa pulak bersama teman wanita.Naaa sah ada skandal lain lagi kan..Satu lagi masalah timbul kat sini.Uolls bayangkan kalau betul-betul Benjy didapati bersalah, apa akan berlaku kat dia. Of coz la tali gantung la jawabnya kan. Tak kan la kerana dia seorang pelakon boleh terlepas dari tali gantung. Kalau betul dia bersalah, hukuman mesti diteruskan.

Ok kita tengok dari sudut ibu Benjy. Azean Irdawaty.Ibunya mati-mati menegakkan Benjy di mana ibunya berkata anaknya tidak terlibat dengan dadah, semua itu hanya fitnah.Ibunya menambah lagi bahawa Benjy selalu kekurangn duit.Tapi Urine test menunjukkan sebaliknya kan.Tak kan la polis sengaja nak perangkap Benjy. Akan tetapi ada juga desas-desus mengatakan Benjy diperangkap. Ntah la kan kita tak boleh buat spekulasi sendiri sebelum siasatan dibuat.


Tapi apa yang ngexz dapat dari kisah penangkapan ini adalah kasih seorang ibu melindungi anaknya. Uolls tengok sendiri je la, walau jahat mana orang labelkan anak kita, ibu kita akan tetap melindungi anaknya tak kira la apa orang kata. Bagi kes ibu Benjy selagi dia boleh mempertahankan anaknya, dia akan tetap melindungi anaknya. Mana taw boleh bagi semangat kepada Benjy kalau betul diatak bersalah kan. Apa-apapun kita tengok jer la keputusan kes ni.


p/s renung-renungkan

Terima Kasih

12 March 2010

Tag dari adik fiezah

auwwww lama beno rasa ngexz tak jawab tag dari orang ni kan. Windu plak rasa..HAHA.keji jer dengar.Actually ngexz dapat tag dari adik fiezah ni.ala yang guna nick fiezah91 tuh. Meh baca tag ngexz ni.Lepas ni uolls bersedialah yer untuk jadi mangsa seterusnya kena tag.

1. Apakah jenama "Deodorant" yang korang pakai sekarang.
**haha deodorant ngexz ada sekarang 3 jenis.Mula rexona(x sesuwei), tuka lg g enchanteur(x sesuwei gak), then tadi baru beli nivea (harap yang ni sesuwei la)

2. Brand ikan sardin dalam tin yang paling digemari?
** brand ape erk?lupa r.Malas nak g tengok kat dapo.Miahaha


3. Apakah bahagian badan anda yang paling anda rasa SEKSI & SEKSA!
**seksi??rahsia la..Seksa?punggung la apa lg.sbb bhgn tu yang senang nak naik.Opss!!


4. Apakah hadiah yang paling HAMPEH yang korang pernah terima dari yang tersayang?
**Hampeh?kiroro tak bagi ngexz hadiah yang hampeh la.Semua hadiah yang hampus.eh..ada ke perkataan hampus.sebarang je.


5. korang akan rasa diri disayangi bila...??
**Bila ada orang yang merindui kita, bila ada yang sedih tengok ngexz dalam kesusahan.


6. Apakah hadiah yang korang akan beri pada bakal mak mertua pada kali pertama berjumpa?
** Nak kasi ape erk?tapi future mak mertua dah bagi banyak benda kat ngexz ni.huhu.Bagi chenta kat anak dia je boleh?


7. Antara belacan, cencalok, & Budu.. yang mana lebih wangi dan sesuai dibuat perfume?
**meh aku tanya ko dulu.Ko sanggup ke guna tiga2 benda tuh untuk jadi perfume?Kalau sanggup, baru ngexz bilh pakai.

8. Senaraikan jenama kasut yang anda miliki serta jumlahnya? (termasuk untuk bersukan dan sandal)
**adoyai.Banyak sangat la nak senaraikan,

9. (a)
Sekiranya anda menjadi menteri pembangunan masyarakat & perancang keluarga, apakah yang anda lakukan demi meramaikan rakyat malaysia?
**Suruh je dorang beranak ramai2


9. (b)
Sekiranya ditawarkan, anda berminat untuk memegang jawatan apa?
**Jawatan goyang kaki boleh tak??

10. sila tag kepada dua orang yang sangat anda rasa sesuai menjadi menteri di atas
(bahagian A)

nanajoe
Terima Kasih

08 March 2010

Lagi Kes Pembuangan Bayi Secara Kejam!!

Click Sini kalau sanggup nak tengok gambar bayi yang dibuang secara kejam.**ngexz terpaksa remove balik pic sebab cikmin tak sanggup nak tengok kekejaman yang manusia buat.Click kat link kalau sesiapa nak tengok k.**Sori cik min


Semalam penduduk Kuching digemparkan dengan berita berkenaan dengan kes penemuan mayat bayi dibuang di dalam parit..Kali ni kes yang pertama kali berlaku di Kuching, Sarawak. Seorang bayi ditemui di dalam parit oleh dua orang budak lelaki yang kebetulan bermain di kawasan tersebut.Kejadian ni berlaku kat Pasar Stutong Tabuan pada kira-kira jam 2.30 petang. Mayat bayi tersebut telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk dibedah siasat.

Tengok,betapa kejamnye manusia pada hari ni.

Sekali tengok bayi tue dah macam ape dah lepas dibuang macam gitu je. Kasihan pun ada. Yer la kan kalau kita jaga, bagi pakai, makan dia, mana tau suatu hari nanti boleh jadi orang berguna even mak bapak dia perangai macam hantu!! eee geramnye.. Kalau la ngexz jumpa depan mata orang yang buang bayi tue, ngexz sula je, then buang je dalam sungai Sarawak.

Sanggup pula manusia yang buang bayi tersebut yang sudah cukup sifat. Kenapa tak bagi je kat orang yang betul-betul nak jaga bayi tue kan atau bagi je kat pusat asuhan. Ini tidak, buang sana sini ibarat bayi tue barang mainan je. Binatang pun tak buat anak-anak dia gitu kan, inikan kita manusia yang punya akal fikiran. Nasib baik la bayi tue tak dimakan binatang yang berkeliaran kat situ time tue.

Kalau uolls tengok dengan mata kepala uolls sendiri mesti rasa kasihan kan. Kalau yang memang nakkan bayi lagi la kecian tengok bayi dibuat secara kejam gitu..

Renung-renungkan lah!!

Terima Kasih

07 March 2010

Sekadar Renungan !

I love you ketat-ketat, i need you tomey-tomey.Ada ke uolls dengar ungkapan gitu? Of coz la ada kan terutama yang kapel-kapel tuh.Pernah ke uolls dapat ungkapan gini dari pakwe/makwe uolls.Pelik la kalau takde kan, even incik kiroro ngexz yang tak romantik tuh pun dok hari-hari cakap sal tuh!! Ok la tuh kan!! Nape entry ngexz kali ni macam sentuh pasal bab jiwang-jiwang ni?Adakah ngexz dah jiwang ke??Opss!! tidak!!!

Sebenarnya ngexz sajork nak tulis sal entry gini time-time ngexz kebuhsanan tahap marimuthu alagapas ni. Ok,time cinta-cintun ni mesti ayat bunga-bunya je kita dengar kan.Bak kata orang hidu bau kentut pun harum je. Tapi adakah ayat-ayat bunga tuh kekal sampai ke akhir hayat kita nanti?

**Ala kira still lagi ke pasangan kita akan ungkapan ayat-ayat gitu macam time kita bercinta dulu-dulu?

**Still lagi ke pasangan kita akan pegang tangan kita bila time jenjalan? Still lagi ke nanti pasangan kita suapkan kita time makan ke?

**Still lagi ke pasangan kita panggil kita "sayang", "honey", "abang", "hubby", "baby" bila kita dah kahwin nanti?

** Still lagi ke perasaan sayang & cinta pasangan kita sama macam perasaan yang dia ada time bercintun dulu?

hah!!uolss sila jawab soklan tuh dalam hati uolss?

Semua kita nakkan yang terbaek dari ladang-ladang gitu kan.Eh tershasul lak bukan dari ladang.Dapat pasangan yang terbaek untuk dijadikan peneman hidup kita kan.Uolls nak ke pasangan hidup uolls di gelar sampah masyarakat dengan takdo keja, lepak sana-sini, balik umah mabok-mabok, pukul uolls & segala banyak macam la.Yer la kita tak tahu hati orang kan.Rambut sama itam, hati lain-lain wor!! Time bercinta je segala macam keburukan kita semua tak nampak kan.Tup-tup bila dah tido sekatil, idup sebumbung, makan semeja, baru kita semua tahu perangai jahat pasangan kita. Ngexz bukan nak kata semua di luar sana jahat okie!!


Tapi segelintir je. Sebagai contoh kes baru- baru yang pasal ayah tiri yang pukul anak makwe nye sampai mati.Hah!! dari situ kita dah lihatkan dia tak dapat menerima apa yang ada dalam hidup kita sepenuhnya.Macam mana nak idop bersama kalau tak dapat seadanya. Kita semua bukannya perfect gak kan.NOBODY PERFECT. tapi try to be perfect booleh je kan.Kita boleh create pendirian kita supaya jadi perfect, terima apa yang pasangan kita seadanya. Makan minum kita dia jaga tak, kita sakit dia jaga tak, anak-anak kita dia ambil berat tak. hah uolls pikiq la sendiri k

erk..apa ni ngexz.entry ko kali ni macam emo semacam je.ade ape-ape ke?Huh.Sebelum uolls tanye gitu better ngexz jawab dulu.Takdo aper-aper la wei.Saje nak kita renung-renungkan je. Yer la kan supaya kita tak hanyut dengan kehepian yang kita ada sekarang. Sekarang siap bersayang-sayang ngan pasangan kita, tapi dah berkeluarga, tido sekatil nanti, dok panggil lain dah, dah tak seromantik time bercinta dulu.Tol tak??


p/s incik kiroro sila ambil perhatian!!HAHA..apa ke motif ngexz ni. Saje je

Terima Kasih

05 March 2010

Kehilangan adik seorang ahli youthsays


Hari ni ngexz dapat satu email dari youthsays yang menyatakan adik perempuan salah seorang ahli Youtsays telah hilang sejak minggu lepas lagi. Jadi ngexz berasa bertanggungjawab untuk menyebarkan berita ini kepada semua orang awam kot-kot terjumpa dengan adik Siti Syakirah.


Nak tahu lebih lanjut berkenaan kehilangan adik Syakirah boleh Click Sini k.

Diharap Adik Siti Syakirah ditemui secepat mungkin. Kecian pulak family dia kat rumah.Harap Adik Syakirah tidak diapa-apakan.Kita tak tahu apa-apa yang berlaku di luar sana.

Terima Kasih

Entry yang Penuh Keilmuaan!!



Bertemu lagi kita di pagi jumaat yang indah ni kan.Ngexz rasa memang betul-betul bersawang teratak ngexz ni even tiap hari dok sapu-sapu.Tapi sawang kat atas lupa nak sapu.So hari ni ngexz nak sapu sampai clear.Siap nak vacuum lagi.Ahaks!!.So entry kali ni ngexz nak popekkan pasal apa yang ngexz buat dalam seminggu2 ni k.No tutorial, No nasi kangkang dulu k!!

Ngexz rasa penghujung bulan februari merupakan bulan yang banyak memberi kesabaran sebagai seorang full time student + final year student.Memang agak bizi tahap alagapas marimuthu**uolls megin jer mcm mana bizi thp alagapas marimuthu k**

Midterm membuatkan ngexz tido tak kenyang, makan tak lena, tapi dengan blog ngexz tetap jenguk even sesibuk mana pun.Adil kan.Miahaha!!. Yer la kan time ni la kita nak skor tinggi2 exam.Nanti final boleh ilex2 isap gam bila gred dah okie.Setuju ke!! Bukan setakat bizi dengan midterm, ngexz terpaksa ulang-alik g organisasi gara-gara nak distribute borang soal selidik untuk final year project ngexz. Berdepan dengan karenah birokrasi merupakan perkara biasa bila kita deal dengan orang macam gitu kan.Sabar je la ngexz sebab ngexz memerlukan khidmat dorang. sekarang ni tengah tunggu feedback dari dorang je lagi nak collect balik soal selidik tuh.Harap menepati citarasa ngexz la.


Ni la keadaan bila ngexz dalam exam mode.Bilik bersepah sana sini dengan nota-nota dia, buku rujukan lagi. Kalau kebetulan time tuh buat study group lagi la macam tongkang pecah bilik ngexz. Tapi time study group ni best gak boleh kongsi-kongsi info ngan member.Study group takkan berfungsi bila kita wat study group sampai 10 orang.Yer la nengok-nengok bukan study group dah.Dah jadi umpat group dah ngan cita hot.Maklumkan pompuan kan.Ada je nak cita.

Midterm+ final year project ngexz dah cite. So sekarang ngexz nak popek lagi cita sal perkara yang heboh kat tempat ngexz sekarang.Semua siswi-siswi hidup dalam ketidaktenteraman.Bak kata pepatah , bila malam je rasa seram, bila seram je malam la tuh!!haha.Nana ngan sis sue tahu pasal ni sebab ngexz penah cita dulu kat dorang.ORANG MINYAK berleluasa kat tempat ngexz sekarang.**ish siap guna caplock lagi.Kang O.M baca mati la ngexz.Minta-minta dijauhkan.Uolls sendiri je tahu kan sal O.M ni kan. Ngexz dah la duduk bilik single lagi la takot.Bila malam menjelma je, mula la teringat cerita-cerita member.Yer la kan kita ni pompuan,mana la dia nak kat lelaki.Nak g toilet pun ngexz minta temankan.Ntah la sesetengah orang tak caya O.M ni wujud or tak.Bagi ngexz tuh, biarla ngexz sendiri yang tahu.Heboh dengan sal ni, ngexz siap bela ikan puyu lagi untuk temankan ngexz.Terpulan kat kita je la nak percaya or tak.Better kita berjaga-jaga je dulu daripada tak tahu ape-ape kan

**ikan puyu ngexz ni ada tiga ekor tau.Yang ni ngexz letak satu akuarium sebab jantan +betina. Yang sekor lagi ngexz letak dalam akuarium sekor-sekor je takot yang sekor cemburu tengok 2 ekor ni dating.huhu!!


Adios

Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NGoNgexz Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign